Angkara Kakak Kandung sendiri. Perut Adik Jadi Besar Mcm Meng4ndung Ank Kembar . H4id Pula Keluar Tak Henti. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Foto sekadar hiasan. Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah dari kisah benar dan perkongsian ini boleh dijadikan teladan bagi orang lain. Cerita ni agak panjang, sebab kalau nak aku ringkaskan, takut tak faham jalan ceritanya.

Nama aku Fasha (bukan nama sebenar) aku ni ade 5 orang adik beradik dan aku no.4 perempuan.. Atas aku semua kakak yang dah berkahwin. No.5 adik aku lelaki. Cuma aku dan adik aku sahaja belum berkahwin sehingga kini.

Kisah ini, terjadi masa umur aku 21 tahun. Umur aku tersangatlah muda waktu aku diberi ujian yang maha hebat ini oleh pencipta aku sendiri (ALLAH S.W.T) dan kisah ini juga masih berlarutan sehingga kini 8 tahun dah.

Aku sangat rapat dengan kakak aku No.1, No.2 serta adik aku No.5, Lagipun mana-mana pun aku pergi semua cakap kami macam kembar. Aku keturunan sheikh, Nak cakap cantik sangat tu mcm bidadari tak delah cantik sampai tahap macam tu. Cuma sedap la mata orang yang memandang aku.. Bapak aku pula berkahwin dengan orang kampung biasa. Mak aku orang kedah.

Ok berbalik cerita tadi, kami semua muka sama kecuali kakak aku yang No.3 dia banyak ikut keluarga sebelah mak aku lagi pun peragai/sikap dia lain dari kami adik beradik.

Masa aku meningkat remaja dia banyak buat hal dan susahkan mak bapak aku. Dia li4r sikit, tak balik rumah sampai mak bapak aku tak tidur malam sebab risau takut apa-apa jadi dekat dia. Aku ni tak la rapat sangat dengan dia dari kecil asyik bergaduh kerja kami tapi aku pun tak j4hat. Aku banyak tau rahsia dia tapi aku sikit pun tak pernah nak mengadu dekat mak bapak aku.

Kalau dia tak balik rumah bapak aku selalu tanya aku, bapak aku selalu cakap aku bersubahat dengan dia. Setiap kali dia tak balik aku lah orangnya yang menjadi sasaran oleh bapak aku sendiri tapi aku tak pernah berd3ndam aku faham orang tua aku tengah risau pasal dia.

Aku shortkan cerita la yer.. Kisah aku ni terjadi masa kakak aku No.3 ni baru nak kahwin. Kakak aku yang 1st and 2nd dah selamat kahwin dah siap ada anak lagi dah masa tu. Perkahwinan dia, bapak dan mak aku sponsor sebab dia ni memang tak kerja. So, bapak aku suruh dia cari duit baju kahwin sahaja. Masa tu pulak dia kekurangkan duit, jadi dia call aku minta pinjam RM250.

Aku pulak masa tu baru habis belajar dan baru start kerja di TMpoint Ampang tapi tak lama aku kerja kat sana pun dalam 3 bulan macam tu. Aku dapat Offer lain. Aku ni minat sangat nak jadi pramugari dan aku dah lepas Stage-stage interview sehingga Mas Airlines suruh aku buat medical check up jer masa tu. Ok berbalik pada cerita tadi, aku baru start kerja so company bagi aku cheque dan suruh aku buka account bank yang company tu guna.

Aku memang nak bagi dia pinjam duit tapi mas4lah aku kena tunggu cheque clear 3 hari. Nak dijadikan cerita, aku pun call kakak aku yang No.2 minta tolong. Aku cakap kakak aku no.3 nak guna duit nanti aku dapat gaji aku terus bayar dekat kakak aku no.2 tu.

So, biarlah kakak aku no.3 tu berhutang dengan aku. Aku pun beritahu dekat dia tentang hal ini tapi dia marah aku macam-macam dia cakap aku ini tak boleh nak diharap dan tak nak bantu dia. Apa yang buat aku sed1h bakal abang ipar aku yang nak kahwin dengan kakak aku no.3 ni pun turut marah2 aku..

Sepatutnya, aku yang kena marah sebab dia minta duit aku tapi sebaliknya pulak. Yang buat aku lebih terkilan bakal suami dia masuk campur hal kami adik beradik dan dia sikit pun tak backup aku malah marah aku bertubi-tubi.

Sepatutnya, aku yang jadi pengapit dia kahwin nanti tapi bila dia dah marah aku macam-macam sebagai adik aku merajuk lah, aku cakap yang aku tak nak jadi pengapit hang.. Bakal abang ipar aku dengar dia marah aku dalam telefon dia cakap ade aku jemput ko datang kenduri kahwin aku?? Aku pun balas lah balik dekat dia, aku cakap yang aku pun ada maruah kalau orang tak jemput aku pun tak ingin nak datang.

Bakal abang ipar aku cakap yang dia haramkan sebutir nasi kenduri kahwin dorang masuk dalam mulut aku. Dan aku balas aku cakap aku haramkan selangkah kaki aku jejak majlis dorang. Aku memang tak balik langsung kampung aku masa majlis dorang. Aku pun dah tak ambil tahu hal dorang..

Lepas dorang kahwin dalam 3 bulan macam tu kakak aku ni mengandung. Dia call aku minta maaf pasal kejadian tu dan aku pun sebagai adik maafkan lah kakak aku ni dan kami planning nak balik kampung sama-sama sebab sepupu aku nak berkahwin pulak. Aku pun cakap lah kita balik hari jumaat malam lah naik bas sebab abang ipar aku tu kerja jadi tak boleh nak balik sekali.

Sepatutnya hari jumaat kami balik tiba-tiba kakak aku call khamis tu cakap kena balik khamis malam juga sebab abang ipar aku ni kena kerja jumaat malam tu. Aku pun kelam kabut kemas bag baju terus pergi Klang naik bas kat sana.

Kakak aku ni agak kedekut sikit lah dalam kami adik beradik, tapi malam tu dia baik sangat dengan aku. Dia belikan aku tiket bas, dia cakap dengan aku jangan beli air mineral sebab dia dah sediakan untuk aku. Aku memang tak fikir apa-apa pun sebab kakak kandung sendiri kot..

Aku ni seorang yang takut pada kegemukkan dan aku memang jaga badan aku, pukul 7 malam ke atas aku tak akan sentuh apa-apa makanan pun. Aku cuma akan minum air masak sahaja. Tapi malam tu, kakak aku cakap lah yang abang ipar aku ni bekalkan roti sardin yang dia buat sendiri. Kakak aku pelawa aku makan tapi aku memang tak makan malam.

Kakak aku cakap tak baik tau kalau ibu mengandung teringin nak makan sama-sama dengan adik sendiri tapi aku menolak. Untuk nak jaga hati kakak aku yang tengah mengandung tu aku pun makan lah. Yang aku pelik, aku makan tak ingat dunia.

Sesampainya kami dekat kampung, aku macam biasa jer tapi keesokan harinya, Aku tengah tidur dengan kakak aku tu lah dalam bilik, tiba-tiba aku terjaga pukul 3 pagi tepat. Aku rasa ade orang tengah cucuk perut aku sampai pedih hulu hati. Aku pergi tandas aku mntah cairan merah. Aku mntah banyak tapi aku tak beritahu dekat mak bapak atau adik beradik aku langsung. Aku keluar tandas, kakak aku No.3 betul-betul ada depan pintu tandas aku dalam keadaan tegak berdiri sambil menunduk tapi tak cakap apa-apa pun.

Aku yang tengah sakit ni tak tegur dia langsung. Aku pun masuk dalam bilik ambil minyak panas sapu dekat perut aku, dia boleh selamba masuk bilik tak tanya atau bercakap dengan aku langsung terus main mesej dengan laki dia.

Aku dah start tak boleh tidur masa tu bila aku tidur mengiring sakitnya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Jadinya, aku terpaksa tidur duduk. Keluarga aku tanya kenapa muka aku pucat?? Aku cuma bagi alasan aku gastrik.

Walaupun, keadaan aku tak berapa nak sehat aku tetap pergi kenduri sepupu aku tapi aku tak boleh nak menjamah walau sedikit pun makanan. Selepas kenduri, kami sekeluarga dengan auntie2 aku semua plan trip ke langkawi. Masa tu aku memang dah rasa badan aku lain sebab aku asyik mntah cairan merah tak berhenti-henti tapi aku ni bongok tak cakap dekat sesiapa pun!

Selepas balik dari langkawi, aku pun tidur lagi 2 malam dekat rumah keluarga aku masa tu aku tengah layan dengan kakak-kakak aku drama Tentang Dhia (Nora Danish dan Ady Putra berlakon TV3 pukul 7mlm). Dalam cerita tu mak Ady Putra buat buatan orang kat Ady Putra anak dia sendiri supaya berpisah dengan Nora Danish. Kakak aku no.1 tu emosi cakap lah anak kandung sendiri pun nak bomohkan apa punya mak la macam ni dasar syaitan!! Waktu tu pulak azan maghrib, tiba-tiba kakak aku no.3 ni menjerit macam orang tak betul..

Aku yang dengar azan ni tetiba rasa panas nak teruk dan secara spontan aku lempang muka kakak aku no.3 ni. Kecoh 1 rumah kami bergaduh teruk dan mak bapak aku masuk sebelah dia ni sebab dia mengandung. Aku yang tak pernah tinggi suara atau menjawab apa yang mak bapak aku marahkan ni secara spontan waktu maghrib tu aku hilang rasa hormat dekat mak dan bapak aku sendiri.

Lepas dah bergaduh malam tu jugak aku packing barang aku terus balik KL. Mak aku cakap, kalau aku balik malam tu juga jangan dah balik rumah ni lagi, aku dengan kurang ajarnya jawab “Hey orang tua, kalau ko dah takda pun tak ingin aku jejak ziarah ko”

Ya Allah, aku memang tak sedar apa yang aku cakap waktu tu dan malam tu juga aku balik Kl tanpa hiraukan mak bapak aku. Sesampainya, aku di KL aku baru tersedar yang aku dah jadi anak yang derhaka kepada dua orang tua aku tapi aku langsung tak telefon minta maaf walaupun aku bersalah.

Lepas 3 hari aku balik KL, aku bangun tidur perut aku besar macam orang mengandung lebih dari 9 bulan, baju aku semua tak muat. Aku pergi hospital Al-ISLAM buat check up dan scan perut, check cairan merah semua normal. Setiap malam pukul 3 pagi aku mntah cairan merah. Waktu siang aku kesejukkan dan waktu malam panas macam aku dibakar. Aku buka aircond dan kipas tapi masih terasa panas.

Housemate aku ni orang Sarawak, dia suruh aku pergi perubatan islam, jadi aku pergi Darul Syifa, dari pukul 10 pagi aku tunggu giliran aku sampai pukul 7 malam baru ustaz panggil aku. Ustaz tak nampak no aku ibarat dah ditutup nama aku dalam senarai menunggu.

Lepas r4w4tan ustaz cakap aku tak kena apa-apa gangguan pun! Aku dengan rasa kecewa otw balik rumah masa tu dalam kereta kawan aku drive dan aku tertidur aku mimpi gunting nak cucuk dahi aku, terkejut terus terjaga dan kereta yang kawan aku bawa hampir hilang kawalan.

Sesampai aku dirumah. Aku baru nak tidur, aku baru nak ambil bantal letak atas badan aku sebab aku terpaksa tidur terlentang sebab aku tak boleh tidur mengiring. Masa aku nak ambil bantal aku nampak lembaga hitam besar berbulu.

Dia terkam aku, mata aku bertentang dengan makhluk tu sampai aku tak boleh nak cakap apa pun, bila mata aku berkedip lembaga hitam tu hilang dan aku macam orang histeria lari keluar rumah dan kebetulan kawan aku yang orang Sarawak tu balik rumah jumpa aku dan cuba tenangkan aku!

Malam tu aku tidur dengan dia sebilik. Keesokkan harinya perut aku makin besar dan kaki aku bengkak tak boleh nak berjalan dah tapi aku gagahkan juga berjalan. Kawan aku pulak lagi 3 hari dia nak balik kampung dia jadi tinggal la aku seorang kat rumah. Masa ni, aku dengar bunyi macam-macam. Bunyi guli jatuh, bunyi orang main suis lampu dan bunyi perempuan menangis di luar bilik aku.

Walaupun keadaan aku s4kit teruk yang teramat sangat, aku tetap gagahkan diri aku pergi berubat. Aku sanggup pergi ke johor seorang diri, semata-mata untuk berubat dalam keadaan aku yang tak boleh nak berjalan, perut besar macam orang mengandung serta kaki bengkak yang teramat-amat. Setiap tidur aku pasti tak lena sebab aku mimpi pelik-pelik..

Ular hitam, aku terjatuh dari bangunan yang tinggi, buaya nak baham aku, kepala aku hampir nak terputus kena kipas angin, binatang yang berduri kejar aku, aku makan dalam tandas dan banyak lagi mimpi-mimpi aku. Lagi aku berubat lagi teruk keadaan aku, dah berubat si setiap negeri tapi hasil tetap sama malah makin teruk dan orang yang berubat aku semua cakap yang dia tak mampu untuk ubatkan aku kerana orang ni guna bomoh orang asli untuk musnahkan hidup aku dan nak aku pergi buat selama lamanya! Benda yang dia hantar kepada aku adalah S4ntau Busung Angin!! Ya Allah, jahatnya hati manusia ni..

Aku tak tahu apa salah dan dosa aku. Ade yang boleh ubatkan aku orang Pahang tapi dengan syarat aku mesti pulangkan semula sihir tersebut andai aku ingkar, Kalau terjadi lagi sekali lagi dekat aku, dia dah tak boleh nak tolong aku.

Tapi aku cakap tak apa tolong ubatkan aku sahaja dan jangan sesekali pulangkan sihir tersebut kerana aku masih ada agama dan aku tak nak aku sama macam orang tu syirik. Selepas berubat aku memang sembuh, perut aku turun terus dan aku dah jadi normal.

Keesokan harinya, aku bangun tidur perut aku lagi membesar dan haid aku tak berhenti keluar selama 3 bulan berturut-turut. Keadaan aku masa tu, macam patung hidup. Masa tu jugak aku call mak bapak aku ceritakan perkara sebenar dan minta maaf dekat dorang.

Part 2 akan menyusul.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : http://transformasi.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Angkara Kakak Kandung sendiri. Perut Adik Jadi Besar Mcm Meng4ndung Ank Kembar . H4id Pula Keluar Tak Henti. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*