“Syahadah Kerana Allah SWT, Bukan Kerana PenganutNya,” – Ini Nasihat Adam Corrie Buat Para Mualaf

Pelakon, Adam Corrie mengakui kerap mendengar rintihan daripada para mualaf yang sering kali berdepan masalah untuk membentuk akidah mereka.

Menurut Corrie, perkara tersebut berlaku disebabkan mereka sering dides4k untuk menjadi muslim yang terbaik dalam masa yang singkat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya banyak dengar masalah saudara baru yang akidahnya terumbang ambing. Dan tak kurang juga yang lahir Islam. Ada dikalangan mereka mengadu sedih kerana mereka selalu didesak menjadi muslim yang terbaik dalam masa yang singkat. . Baru syahadah sudah di desak dan paksa menutup aurat sempurna dan silap sikit dikecam. . Ada yang hampir putus asa. Saya selalu nasihatkan .. . Apabila sudah diberikan hidayah Islam oleh Allah SWT , kita perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan. islam adalah hadiah yang tak ternilai harganya. Allah SWT sayang kita. . Kita perlu ingat , kita syahadah kerana Allah SWT bukan kerana penganutNya. Islam itu indah.. HambaNya pula banyak kekurangan. . Apabila kita banyak menerima kecaman, desakan dan sebagainya.. . Kita perlu cari kekuatan. Kekuatan itu dengan kita betulkan & perbaharui niat kita hanya keranaNya. Bukan kerana makhluk. Makhluk tak sempurna. Sekejap dia baik, sekejap dia sebaliknya. . Sentiasa berada dalam kumpulan atau cari sahabat yang baik untuk terus kekal dalam suasana kebaikan. . Terus belajar tentang Islam dengan penuh adab tanpa jemu. Kerana ilmu & adab adalah cahaya dan memberkati hidup kita. . Tak perlu terburu-buru atau gopoh dalam belajar. Biar sikit tapi istiqamah. Sedikit-sedikit ada perubahan dalam hidup kita. . Dan sentiasalah berdoa agar kita semua sentiasa ditetapkan iman dan menjadi hambaNya yang taat padaNya. . Kita doakan kebaikan untuk semua orang. Malaikat mengaminkan doa kita. . Agama Itu Nasihat Menasihati dengan penuh adab tanpa mengaibkan sesiapa. 😊 Yang lahir Islam pula, tiba-tiba akidahnya goyah pula .. fikir-fikirkan Nikmat Allah mana yang kita dustakan. Janganlah kita kufur nikmat & hakikat dengan mengingkari Allah sebagai pemberi rezeki dan nikmat P/s: fateh penat berjalan… abah kena dukung . Abah pon penat .. dah tua. #adamcorrie #CinaMuslim #bukanUstaz #nasihatUntukDiriSendiri

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

“Saya banyak dengar masalah saudara baru yang akidahnya terumbang ambing dan tak kurang juga yang lahir Islam.

“Ada dikalangan mereka mengadu sed1h kerana mereka selalu didesak menjadi muslim yang terbaik dalam masa yang singkat.

“Baru syahadah sudah di des4k dan paksa menutup aurat sempurna dan silap sikit dikec4m,” tulisnya.

Apabila berdepan dengan situasi berkenaan, ini respon yang sering dikongsikan oleh Corrie;

“Ada yang hampir putus asa. Saya selalu nasihatkan apabila sudah diberikan hidayah Islam oleh Allah SWT , kita perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan.

“Islam adalah hadiah yang tak ternilai harganya. Allah SWT sayang kita. Kita perlu ingat , kita syahadah kerana Allah SWT bukan kerana penganutNya.

“Islam itu indah, hambaNya pula banyak kekurangan. Apabila kita banyak menerima kecaman, des4kan dan sebagainya, kita perlu cari kekuatan.

“Kekuatan itu dengan kita betulkan & perbaharui niat kita hanya keranaNya. Bukan kerana makhlvk. Makhlvk tak sempurna. Sekejap dia baik, sekejap dia sebaliknya,” jelasnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah Corrie lagi, dia berharap agar para saudara baru Islam diluar sana untuk tidak berputus asa mendalami ilmu agama kerana percaya perubahan pasti akan berlaku.

“Sentiasa berada dalam kumpulan atau cari sahabat yang baik untuk terus kekal dalam suasana kebaikan. Terus belajar tentang Islam dengan penuh adab tanpa jemu.

“Kerana ilmu & adab adalah cahaya dan memberkati hidup kita. Tak perlu terburu-buru atau gopoh dalam belajar. Biar sikit tapi istiqamah. Sedikit-sedikit ada perubahan dalam hidup kita.

“Dan sentiasalah berdoa agar kita semua sentiasa ditetapkan iman dan menjadi hambaNya yang taat padaNya. Kita doakan kebaikan untuk semua orang. Malaikat mengaminkan doa kita. Agama Itu Nasihat

“Yang lahir Islam pula, tiba-tiba akidahnya goyah pula, fikir-fikirkan Nikmat Allah mana yang kita dust4kan. Janganlah kita kufur nikmat & hakikat dengan mengingkari Allah sebagai pemberi rezeki dan nikmat,” katanya lagi.

Sumber: Instagram Adam Corrie

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Syahadah Kerana Allah SWT, Bukan Kerana PenganutNya,” – Ini Nasihat Adam Corrie Buat Para Mualaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*