[VIDEO] Niat Papagomo nak troll Syed Saddiq, sekali dia terkena balik ??

‘BAJU oren aku tak ada bro, yang ada Oyen ni je seketul’, Itu jawapan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris, di Twitternya.

Oyen adalah seekor kucing berwarna oren yang dibela oleh Syed Saddiq. Kucing itu diberi nama Tobby.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu membalas ciapan Muhammad Azri di Twitter yang mend4kwa beliau telah dir3man oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Muhammad Azri yang juga sebelum ini dikenali sebagai Papagomo berkata, Syed Saddiq perlu dipakaikan baju berwarna oren selepas ditahan oleh SPRM.

“Dapat berita @SyedSaddiq telah ditahan SPRM. Walau Aku meny4mpah dengan Saddiq peni1pu ni Aku harap dia diperlakukan dengan adil sama seperti mereka yang sebelum ini ditahan.

“Baju oren lokap SPRM mesti disarungkan tanpa ragu ragu,” ciap Muhammad Azri.

Pakaian berwarna oren adalah baju yang sering dipakaikan kepada svspek k3s rasvah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan.

Dan kerana itu sesiapa sahaja yang menjadi suspek kes rasuah pastinya akan disarungkan dengan pakaian tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) men4fikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditahan selepas dipanggil oleh suruhanjaya itu bagi membantu siasatan.

Sebelum itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki telahpun menafikan SPRM menahan Syed Saddiq.

“Dia (Syed Saddiq) tidak ditahan oleh kami (SPRM),” katanya ringkas kepada Bernama semalam.

SPRM telah memanggil Syed Saddiq dua hari berturut-turut iaitu pada Khamis dan Jumaat bagi siasatan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dirumahnya pada 29 Mac lalu.

“Semalam turn Toby. Hari ni turn Meow Meow pula. Terima kasih para pegawai SPRM yang bertugas lebih masa hari ini atas layanan yang baik dan profesional.

“Sekali lagi, saya tak ada nak sembunyikan apa apa. Berani kerana benar,” kata Syed Saddiq di Twitternya. Meow Meow adalah salah seekor kucing yang dipelihara oleh Syed Saddiq.

Syed Saddiq sebelum ini menafikan bahawa wang tunai berjumlah RM250,000 yang hilang dari peti besi di rumahnya di Petaling Jaya adalah milik Bersatu.

Menurutnya duit tersebut adalah milik beliau bersama ibu bapanya yang akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian rumah mereka.

Beberapa orang termasuk pembantu peribadinya, Siti Nurul Hidayah telah disiasat oleh SPRM berhubung kehilangan wang tersebut.

Malah SPRM turut memanggil ibu bapa Syed Sadiqq sebanyak empat kali bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang terbabit.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, SPRM mengesyaki berlakunya penyelewengan di dalam akaun milik Armada.-SM

Sebelum ini Wan Muhammad Azri sebelum ini direman selama tiga hari  bagi membantu siasatan kes s3rangan ke atas Syed Saddiq.

Dia disiasat mengikut Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan kerana meru-suh dan mendatangkan kece-deraan dengan sengaja.

Dalam keja-dian jam 10.45 pagi Sabtu  ketika selesai proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Syed Saddiq mendakwa dise-rang oleh sekumpulan penyokong parti pembangkang ketika sedang berjalan kaki menuju ke keretanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Niat Papagomo nak troll Syed Saddiq, sekali dia terkena balik ??"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*