[FOTO] Tak sampai sebulan, mural paparkan wajah wira negara kena c0nteng

Lukisan mural yang memaparkan wajah beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam telah menjadi sasaran vand44lisme oleh individu yang tidak bertanggung jawab malam tadi.

Menerusi gambar yang disebar di media sosial, mural tersebut diconteng dengan perkataan menghina seperti b44bi dan b44ngsat.

Sementara itu, netizen meng3cam tindakan tersebut dan mahu pihak berkuasa menyiasat kejadian itu sehingga pelaku dit4ngkap.

Terdahulu, mural tersebut dilukis oleh pelukis kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali sebagai tanda menghargai jasa dan keprihatinan wira negara dalam menghadapi p3ndemik Covid-19.

Terdahulu…

Covid-19: Anak Terengganu lukis mural frontliner negara tanda terima kasih

SEBAGAI tanda penghargaan buat individu penting yang berjuang melawan wabak Covid-19, seorang pelukis mural anak kelahiran Terengganu telah mengabadikan gambar beberapa pejuang negara.

Pelukis mural, Suhaimi Ali telah berkongsi hasil karya di laman Facebook miliknya beberapa hari lalu.

Antaranya sudah tentulah KDYMM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak ketinggalan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang kini menjadi kesayangan ramai.

Antara lakaran wajah lain yang turut kelihatan adalah wajah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang kini terkenal dengan jolokan Pak Long Mail oleh warganet.

Menariknya, Suhaimi juga menunjukkan proses lukisan mural yang dibuat itu.

Lukisan mural Suhaimi ini boleh dilihat di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam, Selangor di belakang Restoran Isa Maju.

SinarPlus percaya lokasi tersebut pastinya bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

Rata-rata warganet turut memuji usaha beliau melalui komen yang ditinggalkan dan menganggap bakal Suhaimi dalam bidang lukisan amat luar biasa.

Tahniah Suhaimi atas usaha dan karya luar biasa ini!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : http://transformasi.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[FOTO] Tak sampai sebulan, mural paparkan wajah wira negara kena c0nteng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*