Ekoran peningkatan kes dari hari ke hari, ini luahan Ismail Sabri

Pusat beli-belah di negara ini boleh membuat peraturan untuk mengehadkan jumlah pengunjung yang masuk ke premis tersebut sebagai inisiatif untuk menguatkuasakan penjarakan sosial seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini kerajaan masih membenarkan orang ramai untuk mengunjungi pusat beli belah tanpa ada had tertentu.

Buat masa ini kerajaan tidak mengehadkan jumlah pengunjung ke pusat beli-belah namun mengalu-alukan jika mereka mahu berbuat demikian.”- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Katanya pusat beli-belah boleh buat penggiliran untuk masuk ke premis jika khuatir orang ramai ada yang tidak patuh pada penjarakan sosial.

Perkara itu dinyatakan Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media di parlimen hari ini.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Lobakmerah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ekoran peningkatan kes dari hari ke hari, ini luahan Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*