Sharnaaz Dan Nabila Sah Cer4i! Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Pelakon Sharnaaz Ahmad berterima kasih kepada pasangannya, Noor Nabila Mohd Noor kerana tidak pernah menafikan hak sebagai bapa kepada zuriat mereka, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun, bulan depan.

Pelakon filem Wangi itu berkata, tiada apa lagi yang dimahu kerana dia sudah dapat apa yang diperjuangkan selama ini, iaitu kebenaran berjumpa Jebat tanpa sekatan.

“Apa yang saya perjuangkan selama ini, semuanya untuk Jebat. Saya sudah dapat apa yang saya mahukan, apa lagi? Hubungan perkahwinan sudah jatuh nombor dua. Apa yang penting, Nabila mengiktiraf saya sebagai bapa kepada Jebat.

“Saya perlu menghorm4ti Nabila. Jika tidak kerana dia, belum tentu saya dapat Jebat.

“Nabila seorang ibu yang bagus. Apa yang saya nampak, Jebat dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Itu tidak boleh saya nafikan… Terima kasih Nabila,” katanya.

Sharnaaz, 34, berkata, dia menemui Jebat tiga kali sehari iaitu pada sebelah pagi, sebaik pulang dari gimnasium, petang dan malam.

Walaupun kepenatan, Sharnaaz tidak mengeluh asalkan dapat berjumpa buah hatinya setiap hari.

Sejak hubungan rumah tangga dengan kakak kepada pelakon dan pengacara, Neelofa, bermasalah, Sharnaaz tidak pernah gagal menjenguk anaknya.

“Jika saya sibuk dengan penggambaran dan terpaksa keluar awal pagi ke set, saya akan hubungi Jebat melalui panggilan video.

“Alhamdulillah, Nabila tidak pernah menghalang saya berjumpa. Malah, jika saya hendak membawa Jebat keluar sekalipun, dia izinkan. Tapi saya perlu maklumkan terlebih dulu.

“Pada peringkat awal, terasa pelik juga kenapa saya terpaksa melalui proses begini sedangkan Jebat adalah anak saya. Tapi saya sudah biasa.

“Buat masa sekarang, saya perlu bersyukur kerana saya dapat apa yang saya perlu mahu. Bagi saya, rahmat cukup besar dapat berjumpa anak tiga kali sehari. Dulu memang ada sedikit masalah, sekarang semuanya sudah baik-baik saja.

“Saya dan Nabila cuba menerapkan konsep keibubapaan yang baik kerana kami mahu Jebat rasa hidupnya lengkap dan tidak kehilangan bapa,” katanya.

Sharnaaz Dan Nabila Sah Cer4i!

PELAKON, Sharnaaz Ahmad dan isterinya yang juga ahli perniagaan, Noor Nabila sah bercer4i pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Perkara itu disahkan, Noor Nabila yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa ketika dihubungi Harian Metro dan menyifatkan ia keputusan dengan hati terbuka dan akur dengan ketentuan Ilahi. 

“Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.

“Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai. 

“Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden.  Itu yang paling penting. Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya,” katanya eksklusif kepada Harian Metro. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy fathers day baba ❤️

A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden) on

Nabila berkata, dia tidak bermusuh dengan Sharnaaz sebaliknya mereka kini saling bertukar pendapat dan berkawan.

“Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusvh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.

“Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya. Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu,” katanya.

Menurut Nabila, Sharnaaz adalah ayah yang baik kepada anak tunggal mereka apabila setiap hari datang melawat.

” Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira. 

“Yelah siapa lagi  nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua,” katanya.

Tedahulu selepas pasangan itu gagal mencari kesepakatan, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Baju biru yang ni pulak… forever takennnnn.. ini saya punya 🥰

A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden) on

‘Saya dah berusaha, menitik juga air mata’ – Sharnaaz

KALAU saya berkahwin untuk bercer4i, saya tak akan kahwin, itu penjelasan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila didakwa sengaja melengahkan urusan pencer4iannya dengan kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, usia perkahwinan mereka baru menjangkau dua tahun dan mengibaratkan perkahwinan itu sebuah ‘pinggan yang bersih’.

“Perkahwinan ini ibarat pinggan, pinggan yang bersih untuk dicorakkan. Bila jadi sebegini, pinggan itu dah retak, tolak saya, tarik sini, ia menyebabkan retak saya sini, tapi saya masih pegang lagi.

“Tapi kalau dah pecah, saya tak akan letak gam untuk cantumkan ia semula, sebab ia dah tak akan sama.

“Jadi selagi mampu untuk pertahankan, saya akan pertahankan. Bila saya jabat tangan sewaktu proses akad nikah, ia bukan satu proses suka-suka. Ia tanggungjawab yang besar.

“Malah saya ingat setiap lafaz taklik yang dibacakan dan rasa seb4k itu. Ini bukan soal saya nak seksa atau sengaja nak melengahkan proses penceraian, tapi selagi boleh pertahankan, saya akan pertahankan,” ujarnya.

Jelas Sharnaaz lagi, bermula dengan persengketaan mereka sejak Januari 2019, dia sudah pasrah menerima apa sahaja yang datang daripada Nabila.

Bahkan anak kelahiran Pulau Pinang itu juga memberitahu, kedua-dua belah pihak juga ada berusaha untuk memperbaiki masalah dan menyelamatkan rumah tangga mereka.

Namun dia terkejut apabila menerima khabar Nabila memfailkan penceraian pada Ogos tahun lalu.

“Kalau saya tak berusaha, tak adalah kami kembali dan menyambut raya bersama pada Jun tahun lalu. Alih-alih pada bulan Ogos, iaitu pada hari kelahiran saya dan Jebat, saya menerima surat permohonan cer4i dari Nabila.

“Ketika itu menitik juga air mata dan apa yang saya fikirkan hanyalah anak, Jebat Jayden Ahmad,” ujarnya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 di Kuala Lumpur semalam.

Hasil perkahwinan itu, Sharnaaz dan Nabila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad, 2 tahun.

Tambah Sharnaaz, 35, dia selama ini memilih untuk tidak bercerita tentang hal rumah tangga kerana anaknya itu.

“Tak payah tunggu lama, budak zaman sekarang, enam atau tujuh tahun mereka dah pandai main telefon bimbit. Kalau saya cakap perkara buruk, buka ai1b Nabila, impaknya adalah pada Jebat.

“Apa nanti Jebat fikir pasal ibu dan bapanya. Bagi saya bila kita berkahwin, pada ibu bapa pun kita tak patut cerita mengenai masalah dalam rumah tangga.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, walau orang nampak saya bar4n, sehingga kini saya tak pernah naik tangan atau tinggi suara pada Nabila,” ujarnya.

Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad, 2 tahun.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM, Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Sharnaaz Dan Nabila Sah Cer4i! Ini Sebenarnya Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*