“Awalnya dia kata tidak pernah ke luar negara sebelum ini” – Pemakai ‘Gelang Pink’ K4ntoi Bagi Maklumat P4lsu

Berikutan gambar gelang tag kuarantin ditanggalkan dan dibiarkan di atas lantai di KLIA. Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau telah berjaya mengesan tuan empunya badan yang memakainya.

Individu yang baru pulang dari luar negara itu sudah tampil memberi keterangan, kata Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G Navindran.

Cuba t1pu kata tak pernah keluar negara

Menerusi Berita Harian, lelaki berusia dalam lingkungan berusia 30-an itu pada awalnya memberikan keterangan yang tak tepat dan deklarasi kesihatan mengelirukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau, awal bulan ini.

Kata Dr G Navindran lagi, individu terbabit mendakwa tidak pernag ke luar negara sebelum ini.

“Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku baru pulang dari luar negara dan menanggalkan gelang tangan ketika tiba di KLIA,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Lobak Merah

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Awalnya dia kata tidak pernah ke luar negara sebelum ini” – Pemakai ‘Gelang Pink’ K4ntoi Bagi Maklumat P4lsu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*