Dua Drama Tempatan Bakal Disiarkan Di Platform Streaming Gergasi Dari China. Wah!

Baru-baru ni kami dimaklumkan bahawa terdapat dua drama tempatan telah masuk ke platform video online dari China. Ini secara tidak langsung telah mengangkat industri hiburan tempatan kita sebab telah diterima di pasaran Asia.

Drama mana yang dirisik oleh platform streaming gergasi dari sana tu yer? Mesti rating tontonan tinggi ni.

7 Hari Mencintaimu 2, Drama Yang Sarat Emosi

Drama adaptasi novel karya penulis Siti Rosmizah, arahan Jamal Khan yang merupakan kesinambungan siri fenomena, 7 Hari Mencintaiku yang lalu sekali lagi memberikan impak pada kita semua yang menonton.

Lakonan Mia yang dibawakan oleh Siti Saleha kali ini membuatkan ramai penonton geram apabila konflik antara Mia dan Mak Leha iaitu ibu mertuanya menjadi hangat weh! Yang pasti setiap episod memang cukup dengan rencah konflik dalam rumah tangga yang boleh dijadikan iktibar untuk masyarakat di luar sana.

Mampukah hubungan Mia dan suaminya bertahan sehingga ke penghujungnya?

Pengantin Satu Malam

Pengantin 1 Malam bakal tampil dengan lebih banyak drama yang akan dilakonkan oleh barisan pelakon seperti Fizo Omar, Nazim Othman, Amelia Henderson serta Afifah Nasir.

Drama ini berkisarkan seorang gadis bernama Zulaikha yang dilakonkan oleh Amelia Henderson mula diuji dengan kesihatan ibunya yang sangat membimbangkan. Majikan Zulaikha turut bersimpati dan ingin membantunya namun niat yang salah telah menjadikan kehidupan Zulaikha berubah.

Ha! Anda rasa bagaimanakah kesudahan cerita Zulaikha? Anda perlu tunggu sehingga ianya disiarkan. Kalau terlepas nak tonton di televisyen macam mana?

Tonton Secara EKSKLUSIF & PERCUMA di iQ.com atau iQIYI App

Berita baik untuk semua, sebab bermula 24 Julai 2020 tepat jam 8 malam, anda boleh saksikan drama 7 Hari Mencintaiku 2 di aplikasi iQIYI ataupun di website www.iQ.com . Turut akan disiarkan kelak adalah Drama Pengantin Satu Malam yang akan mula disiarkan serentak dengan tayangannya di televisyen. Jadi tak perlu risau kalau lepas ni anda terlepas tengok dekat televisyen sebab balik lambat ke atau mungkin terkandas dengan aktiviti harian anda tu.

Maklum la bukan semua orang boleh terpacak depan televisyen saat drama ni ditayangkan. Jadi, dengan adanya iQIYI anda boleh tonton semula drama 7 Hari Mencintaiku 2 serta drama Pengantin Satu Malam sejurus ianya ditayangkan di televisyen. Paling best anda boleh tonton drama ni secara PERCUMA tau!

Ini baru permulaan, sebab lepas ini akan ada lagi drama-drama tempatan kita yang turut sama disiarkan di platform streaming gergasi dari China tu.

iQIYI Platform Hiburan Terbaru dan Terbaik Untuk Semua

Untuk pengetahuan anda, iQIYI merupakan satu platform video online yang menyajikan pelbagai genre drama dan filem yang dihasilkan oleh produksi-produksi sekitar Asia. So banyak drama yang anda boleh tengok antaranya K-Drama dari Korea seperti Backstreet Rookie dan Dinner Mate , C-Drama dari China dan terbaru drama dari Malaysia.

Jadi anda boleh muat turun iQIYI di Google play store, Apps Store atau Huawei App Gallery. Ianya PERCUMA, tapi kalau anda memang peminat tegar drama-drama di iQIYI boleh jadi VIP dengan subscribe pelan secara bulanan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : rotikaya

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Dua Drama Tempatan Bakal Disiarkan Di Platform Streaming Gergasi Dari China. Wah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*