Wanita Dik0mpaun. Jual Gelang Cegah COV1D-19 ??

Seorang ejen jualan langsung dikompaun RM50,000 kerana mempromosikan gelang tangan yang did4kwanya mampu menc3gah jangk1tan Cov1d-19.

Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman, berkata tindakan itu dibuat hasil aduan orang ramai selepas penjualan gelang berharga RM580 itu tular di platform media sosial berkenaan.

Iskandar Halim berkata, sepasukan Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan itu dan menyoal s1asat wanita berkenaan.

“Tindakan wanita itu yang mempromosikan produk dengan memberi penyataan yang mengelirukan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 10(1)(h), Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tawaran kompaun maksimum sebanyak RM50,000 kemudian ditawarkan kepada ejen jualan langsung berkenaan hari ini.

“Jika kompaun gagal dibayar dalam masa yang ditetapkan, individu itu akan dituduh di mahkam4h.

“Penalti bagi kesalahan ini adalah di bawah Seksyen 25, Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu bukan suatu pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan, did3nda tidak lebih RM 100,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh did3nda tidak lebih RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iskandar Halim berkata, KPDNHEP serius dalam memastikan pengguna tidak terpedaya dengan promosi atau penyataan mengelirukan mengenai kegunaan sesuatu produk.

Selain itu, kata Iskandar Halim, semua pihak yang menjual dan mempromosikan produk perlu sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

sumber: BH via  https://www.malaysiakini.com/

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Wanita Dik0mpaun. Jual Gelang Cegah COV1D-19 ??"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*