Hib4nya bila mak mampu RM300, si anak nak telefon ‘buah Apple’… terg4mak keluar kedai tinggalkan ibu

ADA pepatah mengatakan sayangkan anak tangan-tangankan.

Pepatah tersebut memberi maksud supaya usah terlalu memanjakan anak kerana dikhuatiri sikap itu hanya akan memberi kesan n3gatif di kemudian hari.

Apatah lagi pada zaman kini, generasi muda terlalu obses dengan gajet sehingga sanggup mendesak ibu bapa mereka demi mendapatkan telefon pintar idaman.

Jika tersalah langkah dalam mendidik, tidak mustahil anak-anak akan semakin ‘naik lemak’.

Baru-baru seorang pelayar Facebook berkongsi satu kisah penuh meny3ntuh hati ini agar menjadi teladan buat ibu bapa.

Menurut pelayar tersebut yang juga pemilik sebuah kedai gajet, kedainya baru-baru ini dikunjungi oleh seorang ibu dan anaknya untuk membeli sebuah telefon pintar.

Perkongsian seorang pemilik kedai gajet mengenai kisah ibu dan anak yang mengunjungi kedainya baru-baru ini.

“Ada satu makcik ni dalam lingkungan umur 50-an bersama anaknya dalam lingkungan umur belasan tahun masuk ke kedai sambil memerhati model-model phone yang dipamerkan di dalam cermin kedai aku.

“Aku pun memulakan perbualan. ‘Makcik nak cari phone apa? Dalam bajet berapa?’. Si mak pun menjawab dengan nada sedikit sayu ‘makcik cari phone dalam RM300-400 macam tu ja dik’.

“Aku pun keluarkan model-model yang ada sambil bercerita panjang lebar. Aku tengok riak muka anaknya dah berubah. Aku tanya nak cari model apa? Rupanya nak cari buah Apple,” kata pelayar tersebut, merujuk sebuah jenama telefon pintar popular yang agak mahal berbanding jenama-jenama lain.

Generasi muda kini terlalu obs3s dengan telefon pintar. Gambar hiasan.

Menurut pelayar tersebut, apa yang lebih mengejutkannya, dia sama sekali tidak menyangka dengan jawapan remaja tersebut ketika ditanya jenis model yang diinginkannya.

“Aku tanya nak cari iphone apa? Iphone paling latest ada tak jawab anaknya. Ya Allah dik… abang pun pakai phone yang orang trade in.

“Aku jawab la ‘ada tapi harga RM4,000 lebih’. Lepas tu makcik tu berbual-bual perlahan bersama anaknya sambil anaknya berlalu pergi dari kedai dan meninggalkan maknya,” ceritanya lagi.

Lebih s4yu menurut pelayar itu, reaksi wanita warga emas berkenaan yang seolah-olah kecewa kerana tidak mampu menunaikan hajat anaknya.

Antara komen netizen yang meluahkan rasa g3ram dengan sikap si anak sebagaimana perkongsian pemilik kedai gajet itu.

“Si mak dengan nada s4yu berkata ‘takpa la dik tengok-tengok dulu.. makcik ada duit cukup yang ni ja’.

“Allah hib4nya hati ni. Aku mula berfikir mana silap kita sampai generasi kita jadi sampai macam ni. Abang dulu dik bukan setakat phone, tapi malas mandi pun kena kejar dengan batang paip. Kalau minta phone time tu mungkin mak aku dah jatuhkan hukman rjam sampai m4ti,” tulisnya lagi.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa geram dan terkilan dengan sikap remaja terbabit, namun dalam masa yang sama mengkritik wanita berkenaan kerana terlalu memanjakan anak.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 258 shares di Facebook.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Hib4nya bila mak mampu RM300, si anak nak telefon ‘buah Apple’… terg4mak keluar kedai tinggalkan ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*