Hospital ini ditutup ak1bat peningkatan k3s C0vid-19 dan tempat itu telah DiIshtihar Zon Merah

KUCHING kini dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes setakat 12 tengah hari Sabtu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Hospital Sentosa di Kuching turut ditvtup kepada orang awam manakala semua kakitangan pusat perubatan itu dikuarantin di dalam hospital berkenaan.

“Empat kes baharu Kluster Hospital Sentosa. (Seramai) 677 individu telah disaring dan diuji, 657 masih menunggu keputusan dan Kuching, Sarawak telah menjadi zon merah,” katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Pengesanan kontak rapat juga telah dan sedang dijalankan, katanya.

Kes j4ngkitan baharu COVID-19 di dalam negara mencatatkan 23 kes hari ini berbanding 21 semalam.

Sementara itu di Kuching, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak akan mengadakan mesyuarat khas pada Ahad untuk membincangkan perkembangan terkini p4ndemik COVID-19 di Daerah Kuching, kata Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, beliau berkata daerah berkenaan mencatatkan peningkatan ketara k3s positif akhir-akhir ini dengan hari ini sahaja lapan k3s positif baharu telah dilaporkan.

“Terdapat 39 kes (baharu) positif (terkumpul sejak Ahad lepas) dan dengan satu lagi kes, kami akan menjadi zon merah daripada kuning. Apabila menjadi (zon) merah, ia mencerminkan betapa seriusnya keadaan ini. Ini memerlukan langkah-langkah tertentu diambil. Mesyuarat esok diadakan khas untuk menentukan langkah-langkah ini,” katanya.

Beliau berkata apa sahaja langkah yang dipertimbangkan dan ditentukan akan dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan.

“Kami mahu mereka bertindak supaya kami dapat menguatkuasakan atau melaksanakannya secepat mungkin,” katanya, sambil menambahkan bahawa larangan perjalanan akan menjadi antara isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Penasihat jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri dan Datuk Seri Dr Stephen Rundi (Menteri Utiliti Sarawak), Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing dan pasukan pakar perubatannya dijangka menghadiri mesyuarat tersebut.- BERNAMA

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Hospital ini ditutup ak1bat peningkatan k3s C0vid-19 dan tempat itu telah DiIshtihar Zon Merah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*