4 hari berturut2 kes meningkat. Ini tindakan kerajaan jika kes cecah 100

KERAJAAN akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif Covid-19 mencecah tiga angka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.

“Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri.

“Kita lupa apabila kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat.

“Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok,” katanya pada sidang media selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setakat ini rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai supaya menjaga diri sendiri dengan mengikut SOP ditetapkan dan tidak mengharapkan pasukan keselamatan.

“Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keuarga terdekat supaya mengikut SOP.

“Apa yang membimbangkan Aidiladha nanti bila acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan,” katanya yang turut memaklumkan pintu sempadan negara masih ditutup.

Rata-rata netizan mula meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan terkini

” Tindakan bijak memberi kebenaran kuarantine di rumah! PKP kali 2 lebih ramai akan kehilangan pendapatan dan kerja, termasuk perniagaan yg lingkup….fikirlah sendiri

” Kalau dah 2 ribu lebih orang kayangan yg balik malaysia, tak mustahil angka covid akan meningkat.. Sedangkan masa raya aidilfitri sebelum ni, ramai yg balik kampung dan ikut sop takde pun angka meningkat.. Disebabkan pentingkan diri sendiri orang2 kayangan ni la, kami terlibat sekali.. Ingat pkp ni tak penat ke? 3 bulan kami duk umah, jauh dari mak ayah dan buat macam2 ikot saranan kerajaan. Last2 disebabkan orang2 kayangan ni, kami kena hadap pkp lg..

“Mmg ada lagi yg b0ngok. Smlm sempat tegur sorang pakcik (yg tk berapa tua) beratur rapat di mesin atm. Kita tegur minta beratur dlm petak yg disediakan tp selamba je dia ckp “takde apa lah”. Lepas tu buat selamba badak tk tahu. Geram jgk yg perangai mcm ni. Lagi sed1h bila tkde pun org sebelah2 tu backup apa yg aku tegur tu. Masing2 sekadar tgk shj.

“Mentaliti rakyat Malaysia memang macam tu, mudah lupa dan pentingkan diri sendiri, mana maunya ingat pada orang lain, lebih lagi orang yang tersayang yang dok kat rumah. Mereka ingat covid tu satu round je, lepas tu yang penting kita enjoy kata mereka.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "4 hari berturut2 kes meningkat. Ini tindakan kerajaan jika kes cecah 100"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*