Majlis makan-makan keluarga sempena tamat ‘lockdown’ berakhir tr4gedi…

GARA-GARA menganjurkan majlis makan-makan dan perjumpaan kecil bagi meraikan tamatnya perintah berkurung, seramai 14 individu daripada keluarga yang sama disahkan positif C0vid-19, manakala seorang lagi menlnggal dunila akib4t wab4k berkenaan.

Lelaki bernama Tony Green menganjurkan pertemuan kecil di kediamannya selepas berbulan-bulan tidak bertemu dengan ahli keluarganya yang lain ekoran penularan C0vid-19.

Bagaimanapun, pertemuan tersebut berakhir dengan tragis selepas 14 daripada mereka positif C0vid-19.

Ayah mentua Tony, Rafael Ceja terpaksa bergantung kepada ventilator sejak dua minggu lalu, manakala ibu kepada Ceja pula terk0rban akib4t wab4k tersebut.

“Semua orang meyakinkan saya bahawa itu bukan salah saya, tetapi itu adalah kediaman saya. Saya tuan rumah, dan w4bak tersebar kerana idea saya yang mengumpulkan keluarga.

“Saya fikir semuanya akan baik-baik saja. Kami bahkan tidak keluar, hanya di rumah bersama. Saya mengalami masa yang sukar dengan apa yang berlaku,” kata Tony.

Tony sendiri terpaksa menerima r4w4tan di hospital kerana wabak tersebut, dan dia bersama saudaranya yang lain kini beransur pulih. – Metro.co.uk

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Majlis makan-makan keluarga sempena tamat ‘lockdown’ berakhir tr4gedi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*