Wajah Mirip Cik Non, Netzen Ges4 Shuk Sahar Naslhatkan Ahli Keluarga

Bersifat terbuka apabila ada yang menjadikan wajahnya yang mirip usahawan kosmetik kontr0versi, Cik Non sebagai bahan jenaka, pelawak Shuk Sahar akui ramai yang tahu membezakan dan percaya itu bukan dirinya.

Shuk bagaimanapun tampil menzahirkan rasa terhidur apabila sehingga kini tidak putus-putus netizen mengaitkan dirinya dengan wanita terbabit.

“Saya akui, rasa kelakar sebenarnya tapi selagi tiada kaitan dengan kita saya terbuka dan menganggap perkara itu kelakar. Malah, saya rasa orang yang menyamakan muka saya dengan dia pun tahu itu tak betul.”

Ujar Shuk, beliau seakan terkejut apabila ada dalam kalangan pengguna media sosial yang memintanya menasihati ahli keluarganya untuk berkelakuan senonoh

“Memang ada juga orang samakan atau orang tanya adakah itu adik atau kakak saya, walhal tak ada kena mengena pun dengan saya. Sampai ada yang suruh saya nasihatinya. Kalau betul itu adik-beradik saya, rasa aiblah juga.”

Tular sepotong video di media sosial baru-baru ini memaparkan 4ksi seorang wanita yang naik hantu di pintu masuk sebuah gedung perabot popular ibu kota gara-gara tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai pelitup muka.

Namun, wujud segelintir pihak yang mengambil kesempatan untuk berseloroh mengusik Shuk dengan menyatakan individu dalam video tersebut dilihat mirip dirinya dalam versi wanita.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini pulak bukan saya yang ad guna apps apa2 ye…

A post shared by Shukri Sahar (@shuk_hotfm) on

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Wajah Mirip Cik Non, Netzen Ges4 Shuk Sahar Naslhatkan Ahli Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*