Lekuk Kalimah Allah Di Telinga Bayi, Ini Bapanya Buat Ramai Terkejuut

KOTA BHARU: Keterujaan keluarga seorang pelakon menyambut kelahiran anak kelima, menjadi lebih istimewa apabila kedua-dua telinga bayi itu mempunyai tanda kelahiran menyerupai tulisan kalimah Allah SWT.

Pelakon, Mohd Zamri Ibrahim, 45, atau lebih sebagai Z Zamri, berkata keistimewaan yang dimiliki anak bongsu daripada lima beradik itu disedari isterinya, Fazilawati Ismail, 41, sehari selepas anak mereka dilahirkan.

Katanya, isterinya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram (kg) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 21 Julai lalu yang diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri kini sudah berusia 11 hari berada dalam keadaan sihat.

“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan, namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Zamri berkata, pada mulanya beliau dan isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada ada Faizatul Azwin sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, dia ternampak tulisan menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga anak mereka.

“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.

“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.

“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya.

Z Zamri yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas, berkata sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin.

“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengamalkan surah al-Fatihah dan ayat Kursi.

“Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu berselawat,” katanya yang berasal dari Pulau Seratus, Tumpat.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: BH

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lekuk Kalimah Allah Di Telinga Bayi, Ini Bapanya Buat Ramai Terkejuut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*