Permohonan EPenjana RM50 Tidak Lulus? Ini Langkah Yang Patut Korang Buat

Bagi mereka yang menebus insentif kredit itu di platform Touch n Go, mereka berpeluang menikm4ti ganjaran tambahan #LebihBanyakEkstra dengan nilai lebih RM300 apabila ia ditawarkan rakan niaga terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil dan sederhana serta perusahaan mikro dalam industri dan lain-lain.

Selain itu, Touch n Go turut membenarkan rakyat Malaysia menggunakan penebusan kredit RM50 e-Penjana untuk membeli tag TNG RFID atau bayaran tol.

Muat turun aplikasi MySejahtera

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi MySejahtera dan kemas kini akaun Touch ‘n Go eWallet. Anda boleh menebus tuntutan eKYC e-Penjana RM50 anda.

Dilaporkan lebih 11 juta pengguna dan 220,000 rakan niaga di platform berkenaan dan penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi sepanjang tempoh sah ia boleh digunakan.

Rakyat Malaysia sudah boleh menebus RM50 kredit ePenjana daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang dipilih kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif itu ialah Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet

Program itu katanya akan dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak COVID-19 MySejahtera.

“Untuk memohon kredit, setiap pemohon mesti memuat turun salah satu dari tiga eDompet berkenaan serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Rakyat Malaysia boleh menebus RM50 kredit ePenjana bermula esok. – Foto NSTP

“Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, program dengan peruntukan sebanyak RM750 juta kredit ePENJANA itu adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Setiap pemohon yang layak katanya, boleh menebus RM50 kredit ePENJANA daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet terpilih yang ditetapkan kerajaan.

Penjana: RM50 eWallet credit only for Malaysians with MySejahtera …

“Pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan

bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar dan/atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen.

“Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020,” katanya.

Tambahnya, pemohon disaran memuat turun dan mengemas kini data di dalam aplikasi MySejahtera, manakala peniaga dan peruncit perlu menghubungi penyedia perkhidmatan e-Dompet yang berkenaan, dan mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga ePENJANA yang lancar di kedai-kedai mereka.

“Rakyat juga diingatkan bahawa bagi tujuan pelaksanaan ePENJANA, Kementerian Kewangan hanya mengiktiraf aplikasi MySejahtera, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet. Pastikan data peribadi hanya dikongsi dengan aplikasi yang rasmi dan sahih,” katanya.

Mengapa permohonan saya tidak berjaya atau lambat diluluskan?

BPN Gagal Kredit, Tapi Status Lulus (Duplikasi Permohonan)

Berikut adalah antara sebab-sebab permohonan anda tidak berjaya:

(a) Anda tidak menepati syarat-syarat kelayakan.

(b) Anda tidak mengemukakan maklumat yang lengkap.

• Mengambil kira trafik permohonan yang tinggi, kemungkinan terdapat kelewatan dalam mendapatkan kredit ePENJANA RM50 anda.

Sebarang pertanyaan / kemusykilan mengenai kredit ePENJANA melalui e-Dompet pilihan anda, sila hubungi:

(a) Boost

– Telefon: +603-2260 9494

– E-mel: support@myboost.com.my

– Laman sesawang:

https://support.myboost.com.my/hc/enus/requests/new

(b) GrabPay

– Telefon: +603-2788 1300

– E-mel: epenjana@grab.com

– Laman Sesawang:

https://help.grab.com/passenger/enmy/360045705731-ePenjana-(MY)

(c) Touch ‘n Go e-Wallet

– Telefon: +603-5022 3888

– E-mel: tngewalletcs@tngdigital.com.my

– Laman sesawang: https://tngd.my/careline-webform

Adakah terdapat proses rayuan atau pertikaian (‘dispute’)?

Ya. Sebarang rayuan dan pertikaian boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 September 2020 kepada penyedia perkhidmatan seperti maklumat pada di atas.

Sumber : Astro Awani / Malaysia Gazette

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Permohonan EPenjana RM50 Tidak Lulus? Ini Langkah Yang Patut Korang Buat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*