Dapur Rumah Terb@kar, Zizie Izette Puji Anak Angkat

Pelakon Datin Seri Zizie Izette bersyukur kerana dapurnya yang terbakar dapat diselamatkan selepas anak angkatnya, Aaric Zayn segera memaklumkan kepadanya.

Menurut Zizie, Aaric yang baru berusia dua tahun itu berlari kepadanya memberitahu kejadian cemas terbabit.

“Our hero, Aaric Zayn. Kalau dia tak berlari naik atas beritahu dapur terbakar memang tak beraya kami hari ni (semalam),” katanya.

Zizie mended4hkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri terbabit, Zizie memuat naik video merakamkan Aaric yang cuba menceritakan apa yang berlaku.

Tambah Zizie, kejadian itu berpunca daripada kecuaian salah seorang pembantu rumahnya yang terlupa untuk menutup api dapur gas.

“Kecuaian salah seorang pembantu kami yang terlupa nak tutup dapur gas.

“Syukur Alhamdulillah tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku,” katanya lagi.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia tujuh bulan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Our hero, Aaric Zayn. Kalau dia x berlari naik atas bgtau dapur terbakar mmg tak beraya kami hari ni. . . Kecuaian salah seorg pembantu kami yg terlupa nak tutup dapur gas. 🔥🔥🔥 Syukur alhamdulillah tak ada sebarang kejadian yg tak diingini berlaku. 🤲😇 #aariczaynmyhero

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : GEMPAK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Dapur Rumah Terb@kar, Zizie Izette Puji Anak Angkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*