Lepas Mural Dic0nteng, Ini pula yang berlaku pada Pelukis.. Suhaimi Ali Luah Rasa Terkil4n..

LEPAS satu, satu lagi dug4an yang menimpa buat pelukis mural potret gergasi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Selepas lukisan muralnya terpaksa dip4damkan berikutan dic0nteng oleh individu yang tidak bert4nggungjawab, akaun Instagramnya pula digod4m.

Bercakap kepada mStar, pelukis berkenaan, Muhammad Suhaimi Ali berkata, ins1den itu berlaku pada Sabtu malam ketika sedang sibuk membuat rekaan untuk pelanggannya.

Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, pada masa sama, dia menerima banyak mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan mesej secara langsung (DM) di Instagram.

Akaun Instagram yang digod4m oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya dapat DM yang meminta saya reset kata laluan (password) dan tukar kepada yang baharu untuk keselamatan. Bila dah log out dan log in semula tak boleh.

“Masa tu baru saya tahu akaun saya dah kena h4ck (god4m). Tengah sibuk buat design, jadi saya k4lut sampai tak fikir apa dah,” katanya kepada mStar.

Muhammad Suhaimi berkata, dia pada mulanya tidak menyangka kejadian tersebut menimpa dirinya kerana dia bukan seorang selebriti.

“Saya ni biasa-biasa saja, hanya pelukis. Bukan selebriti pun. Ada juga yang nak h4ck akaun saya,” katanya yang menjadi pelukis mural sejak empat tahun lalu.

Antara lukisan mural potret beberapa pemimpin negara yang menjadi m4ngsa vand4lisme.

Menurut anak kelahiran Seberang Takir, Kuala Terengganu di Terengganu itu, posting terakhirnya adalah pada Sabtu, memaparkan lukisan mural Dr Noor Hisham yang sedang dip4damkan menggunakan cat putih oleh wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), beberapa jam sebelum akaunnya digod4m.

“Itulah posting terakhir sebelum kena h4ck. Gambar tu sekadar tribute untuk mengenang kembali yang saya pernah melukis mural Dr Noor Hisham dan Yang di-Pertuan Agong.

Itulah posting terakhir sebelum kena h4ck. Saya cakap kalau tak ada rezeki di situ (mural diconteng), insyaAllah ada rezeki di tempat lain

MUHAMMAD SUHAIMI ALI

“Saya cakap kalau tak ada rezeki di situ (mural dic0nteng), insyaAllah ada rezeki di tempat lain. Saya tak pasti gambar mural dip4dam tu ada kaitan atau tidak sehingga akaun saya kena h4ck.

“Sebab saya banyak terima komen-komen positif, ramai beri sokongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak putus asa,” katanya sambil menambah bahawa akaun Instagramnya yang digod4m itu mempunyai lebih 36,000 pengikut.

Mural yang dihasilkan oleh Muhammad Suhaimi bersama dua rakannya selepas ins1den mural dic0nteng.

Jelasnya, dia terpaksa membuat akaun Instagram baharu berikutan butiran untuk akaun lama menggunakan emel dan nombor telefon yang tidak lagi digunakannya.

Reda dengan kejadian yang berlaku, Muhammad Suhaimi yang telah melukis lebih 200 mural di seluruh negara mengakui terkil4n kerana laman sosial itu merupakan sumber rezekinya.

“Saya ada akaun tu sejak 2014 dan tukar nombor telefon dua tahun lepas. S3dih juga sebab akaun itu macam portfolio untuk lukisan-lukisan saya sejak bertahun-tahun.

Akaun Instagram baharu milik Muhammad Suhaimi.

“Kebanyakan job masuk pun menerusi akaun Instagram, dah macam periuk nasi saya. Sekarang ni saya terpaksa mula balik dari awal.

“Memang rasa terkil4n, tapi saya reda. Ia memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati dan tidak cu4i pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, mural potret gergasi Yang di-Pertuan Agong dan Dr Noor Hisham yang dihasilkannya bersama lukisan pemimpin negara lain di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor, menjadi m4ngsa vand4lisme menggunakan cat merah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lepas Mural Dic0nteng, Ini pula yang berlaku pada Pelukis.. Suhaimi Ali Luah Rasa Terkil4n.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*