“Dia bisik… abang, maafkan adik”- Derit4 s4kit i ni, peminat lukis potret Abam pula ‘menyusul’ selepas 6 bulan

SEORANG remaja yang tular pada awal tahun ini kerana melukis potret Allahyarham Abam Bocey bagi mengubati kesed1hannya berikutan pemergian pelawak yang diminatinya itu.

Namun, lebih memilukan apabila anak muda yang membuat lakaran dengan menulis nama ‘Abam’ sehingga membentuk sebuah potret itu dijemput Ilahi pada Selasa.

Allahyarham Abdul Azim Mohd Rozahar, 15, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.50 malam Selasa di Hospital Segamat di Segamat, Johor.

Abang arw4h, Izarul Naim yang mengesahkan berita sed1h itu kepada mStar memberitahu, adiknya meninggal dunia kerana mengid4p k4nser tulang sejak dua tahun lalu.

Potret 4rw4h Abam yang dilakarkan menggunakan teknik perkataan.

“Pada pagi tu arw4h okay, tapi selepas tu adik mula rasa ses4k nafas sebelum dimasukkan ke hospital. Adik mend3rita kanser tulang pada tahap kr1tikal.

“Sebelum ini dia selalu berulang-alik ke hospital untuk raw4tan, dan masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dia terlantar di hospital selama dua bulan. Adik dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha, ” katanya kepada mStar.

Abdul Aziz (duduk, hadapan) semasa menyambut hari ulang tahun ke-15 pada 23 Julai lalu di hospital.

Izarul berkata, adiknya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu berhenti melukis sejak PKP kerana keadaannya bertambah ten4t.

“Masa di hospital pun adik tak dapat bercakap sangat kerana keadaannya yang lemah. Bila keluar dari hospital, adik tidak boleh bergerak apatah lagi berjalan. Kami sekeluarga jaga dia.

“Sehari sebelum adik meningg4l dunia, dia panggil kami sekeluarga untuk berkata sesuatu. Dia hanya mampu berbisik seorang demi seorang, dan dekat saya dia bisik beritahu ‘Abang… adik minta maaf’. Tak sangka itu adalah kata-kata terakhir dia, ” ujarnya sambil menambah arw4h adiknya baru menyambut ulang tahun ke-15 pada 23 Julai lalu.

Perkongsian Izarul mengenai arw4h adiknya menerusi story di Instagram. Foto instagram izrl.nm

Izarul yang bekerja di Kuala Lumpur bagaimanapun berasa terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhir adiknya.

“Arw4h sebelum ini pernah minta saya untuk belikan permainan video PS4 (PlayStation 4). Tapi masa tu PKP, kedai tak buka selain kekangan duit.

Terharu sebab dia selalu cerita kat kawan-kawan yang keluarga sayang sangat kat dia

IZARUL NAIM MOHD ROZAHAR

“Selain melukis, adik juga minat bermain game. Dia sebelum ini main PUBG guna telefon bimbit. Tapi sejak keadaan dia bertambah tenat, dia tak lagi main.

“Walaupun adik nak sangat PS4, tapi dia tak ada sampai meminta-minta. Dia seorang adik yang baik, pendiam dan buat kami sekeluarga terharu sebab dia selalu cerita kat kawan-kawan yang keluarga sayang sangat kat dia, ” katanya.

Potret Miral Filzah (kiri) dan tiga penyampai Suria FM iaitu Ajak, Fizi dan Issey antara lakaran terakhir 4rw4h menggunakan teknik perkataan.

Allahyarham Abdul Azim selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam 1 di Kampung Paya Pulai di Segamat, Johor.

Pada Februari lalu, Allahyarham yang ditemuramah mStar berkata, lukisan 4rw4h Abam merupakan lakaran pertamanya menggunakan teknik perkataan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meningg4l dunia pada 10 Februari dipercayai akibat dem4m panas.

Menerusi semakan mStar di akaun Instagam Allahyarham Abdul Azim, antara lakaran terakhirnya menggunakan teknik perkataan adalah potret pelakon dan pengacara, Mira Filzah dan tiga penyampai radio Suria FM bagi segmen Team Pagi Suria iaitu Ajak (Shiro), Fizi Ali dan Issey Fazlisham.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Dia bisik… abang, maafkan adik”- Derit4 s4kit i ni, peminat lukis potret Abam pula ‘menyusul’ selepas 6 bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*