FB Polis Daerah Sg Buloh tunjuk bukti premis jvdi telah lama tak beroperasi, sekali netizan kantoiikan

Polis Daerah Sungai Buloh cuba menjernihkan keadaan apabila tular video mengenai “sikap mereka” yang menjaga premis judi1 dipertikaikan oleh warga maya.

Perkara itu bertambah teruk apabila pemilik Hot burger Malaysia menjelaskan bahawa anak buahnya pernah diugut oleh orang cina yang mengetahui dirinya (pemilik HBM) ada membuat laporan polis mengenai premis perjudi1an di kawasan itu.

Muat naik habuk meja di premis jud1 sebagai bukti Polis Sungai Buloh Dik3cam lagi

Laman Facebook Polis Daerah Sungai Buloh telah memuat naik dua gambar meja berhabuk membuktikan premis judi di Sungai Buloh telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat lebih 900 komen dari netizen yang rata-rata kurang bersetuju dengan kapsyen yang diberikan.

“Penjelasan paling logik adalah; Habuk tu membuktikan bahawa mesin jud1 baru saja diangkat dari meja tersebut. Habuk tu adalah habuk bawah mesin judi yang dah bertahun bertapak atas meja itu” – Anas Abd Jalil .

“Hahahahahahahhahaa. Habuk jadi bukti. Mudahnya hidup” – Amir Tajul

“Ini baru pindah, netizens bukan bodoh lah..SPRM Putrajaya tolong pantau!.” –Mohamad Nasrullizam Bin Yunus

“Berhabuk hanya bahagian belakang..bahagian depan tak berhabuk dan dapat di lihat dgn jelas.” – Saiful Hidayat Ramli

“Kelakarnya alahai caption.. Ingt ni tmpt homestay ke yg sentiasa bersih dan kemas..nama pun tempat jud1 haram…mereka bkn amek kisah sgt pn pasal kebersihan…yg penting aktiviti judi tu berjalan..” – Mohd Al Fuad

Gambar ini dikatakan oleh warga net masih elok dan nampak baru lagi ditutupnya. Aircond ada. Baru lagi cantik, lampunya menyala pula bukan kedai lama kena tinggal ke. Patutnya tak ada current ke bekas x ray juga ada. Kerusi lawa-lawa lagi. Cawan pun ada power buat kerja kata Wan Shaz Wan.

“Berhabuk hanya bahagian belakang. Bahagian depan tak ada berhabuk dan dapat di lihat dengan jelas.” – Saiful Hidayat Ramli.

“Jatuh integriti dan maruah polis kalau begini jawapan polis” – Epit Neo

“Nak tahu lama ke tak.. Cuba check bil api dgn bil internet.. Bila last pgunaan.. Tolong siapa2 area sungai buloh, pergi lot kedai tue.. Ambil. No meter dgn alamat..” – Ahmad Syarafuddin Sabri

“Plastik sampah tu macam  baru je ditukar” tulis seorang pemilik FB  Lyana Shah

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dalam lawatan mengejut ke premis judi itu tengah hari tadi menggesa pihak media supaya mempercayai pihak polis dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan.

Serbuan ke premis judi dilakukan dua minggu lepas – Ketua Polis Sg Buloh

Sungai Buloh, 9 Ogos: Ketua polis daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan d4kwaan pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mend4kwa tiada tindakan diambil terhadap satu premis jvdi seperti yang ditularkan.

“Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.

Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.

Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjudian.”

Beliau berkata demikian dalam satu serbuan yang dilakukan bersama media yang disiarkan secara langsung melalui facebook Bernama TV.

Menjawab soalan wartawan sama ada pemilik premis mengetahui penyewa melakukan operasi kegiatan hram di premis sewaan, beliau menjawab:

“Setakat ini kalau pertemuan-pertemuan kita dengan masyarakat tidak ada pula dinyatakan benda ini. Kalau sekiranya ada, piak polis tidak a menyembunyikan apa-apa maklumat. Kalau maklumat yang sebegini, memang kita akan pergi buat tindakan. Kalau dilhat kawasan dia, pintu depan tidak dibuka, semua masuk dari pintu belakang, dan mereka mungkin akan memilih siapa pelanggan mereka, bukan semua (boleh masuk).”

Beliau juga mengakui kegiatan sindeket jvdi ini sering berulang-ulang.

“Yang ini (premis judi) dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar”

Mengenai kedai rokok seludup, beliau mengesahkan sudah dua kali serbuan dibuat.

“Sebelum ini memang kita sudah buat serbuan. Kalau tak salah saya sudah dua kali serbuan dilakukan dan kita pernah ambil tindakan dan kita masih menunggu lagi arahan selanjutnya untuk kertas siasatan itu dirujuk kepada pegawai .. untuk arahan selanjutnya.”

Dalam pada itu beliau meminta masyarakat memberi maklumat dan berjumpa dengan beliau.

“Masyarakat bagi maklumat, jumpa dengan saya sebab saya bersikap keterbukaan, dan saya bercakap tegas tentang perkara ini”

Semalam, dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana mendakwa ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.

Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih 4 juta tontonan dan 70k perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan.

Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan mula bersuara.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mula memberi respon berkenaan isu membabitkan Mohd Asri.

Menyedari Mohd mungkin diancam, pihak PPIM akan memberi perlindungan kepadanya.

” Kita akan memberikan bantuan dari segi kaunseling serta perlindungan kepada Mohd Asri yang terded4h dengan anc4man daripada pihak tertentu.

” Apabila perkara sebegini dided4hkan, pastinya ada anc4man kepada individu yang mended4hkan terutamanya membabitkan kegiatan jnayah seperti pusat juudi.

” Ini bukannya masa untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak, namun kami berharap pihak berkuasa akan bertindak segera membuat siasatan supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "FB Polis Daerah Sg Buloh tunjuk bukti premis jvdi telah lama tak beroperasi, sekali netizan kantoiikan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*