Tanda Hargai Pekerja, Tya Ariffin Hadiah Sebuah Kereta Berjenama Kepada Staff

Seperti diketahui umum, pelakon kelahiran Indonesia Tya Ariffin kini semakin bergiat aktif menceburi dalam dunia perniagaan makanan kesihatan.

Baru-baru ini, usahawan terkenal itu berkongsi momen bersama pekerja menerusi laman YouTube miliknya.

Pekongsian tersebut kelihatan Tya telah menghadiahkan sebuah kereta berjenama kepada perkerja di syarikat miliknya.

“TYA ARIFIN BAGI KEJUTAN KERETA UNTUK STAFF ???,” tulisnya.

Dalam pada itu, Tya memaklumkan hadiah pemberian tersebut tanda penghargaan majikan terhadap pekerja yang telah bertungkus lumus memajukan perniagaan miliknya.

“Bagi hadiah ini kerana atas kerja kuatnya dan dia dah susah-susah bangun pagi naik motor jadi kita bagi kemudahan pada dia,” kata Tya.

Rakaman video yang dikongsi oleh menantu kepada penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza itu telah meraih lebih 40 ribu tontonan.

Video: YouTube Tya Ariffin

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MH

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tanda Hargai Pekerja, Tya Ariffin Hadiah Sebuah Kereta Berjenama Kepada Staff"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*