Tiga anggota polis termasuk ketua balai dit4han SPRM

foto sekadar hiasan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penceg4han Rasu4h Malaysia (SPRM) Melaka telah men4han tiga anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasu4h sebanyak RM6,000.

Kesemua suspek termasuk seorang Ketua Polis Balai (OCS) berusia 57 tahun dit4han lewat petang Selasa dalam serbuan di sebuah balai polis di Melaka.

Menurut sumber, dalam serbuan tersebut, wang rasu4h berjumlah RM6,000 ditemukan disimpan dalam pejabat suspek sebagai wang perlindungan agar tiada tindakan diambil terhadap pemilik perniagaan yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Difahamkan, suspek turut meminta pemilik perniagaan untuk membayar wang perlindungan sebanyak RM1,000 setiap bulan agar perniagaannya tidak diganggu atau diambil tindakan.

Kesemua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jen4yah.

Pengarah SPRM Melaka, Awang Koko Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Astro Awani

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tiga anggota polis termasuk ketua balai dit4han SPRM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*