Tular Gambar Lama Tun Siti Hasmah Pandu Proton Saga Merah. Warganet Gurau “Wow Slimnya Tun”

Bertarikh pada 3 Ogos 2019, mercu tanda kebanggaan Malaysia, Jambatan Pulau Pinang meraikan ulang tahun yang ke-34.

Menerusi laman Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka telah berkongsi beberapa keping foto ketika majlis pelancaran jambatan ikonik yang diadakan pada tahun 1985.

Ketika itu, sebuah majlis makan telah diadakan di atas jambatan tersebut dan pengunjung dibenarkan untuk berjalan-jalan di sepanjang jambatan yang berukuran 13.5 kilometer itu.

Menerusi laman Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka telah berkongsi beberapa keping foto ketika majlis pelancaran jambatan ikonik yang diadakan pada tahun 1985.

Memulakan pembinaannya pada April 1982, jambatan ini mendapat sentuhan jurutera sivil, mendiang Tan Sri Prof. Chin Fung Kee yang mengambil contoh rekaan Golden Gate Gridge di San Francisco, Amerika Syarikat.

Jambatan yang menghubungkan tanah besar Perai ke Gelugor merentasi selat Pulau Pinang itu turut menempatkan perkhidmatan feri.

Lebih istimewa apabila laman Facebook tersebut turut berkongsi momen isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memandu kereta nasional pertama negara, Proton Saga merah merentasi jambatan itu sebagai simbolik perasmian.

Merupakan antara mercu pelancongan negeri itu, kini pengunjung masih berpeluang berjalan di atas jambatan itu tetapi hanya ketika program Penang Bridge International Marathon yang diadakan setiap tahun. 

Entri yang menerima hampir 400 perkongsian itu turut mengundang nostalgia netizen apabila ada yang berkongsi kenangan menghadiri majlis perasmian jambatan kelima terpanjang di Asia Tenggara itu.

“ Saya bertuah kerana menjadi antara salah seorang yang dapat berjalan di atas jambatan itu ketika majlis perasmiannya.

” Waktu itu saya berumur 5 tahun. Saya tidak mengenali Tun Mahathir ketika itu. Terima kasih kerana meringankan beban warga Pulau Pinang,” tulis seorang netizen mengimbau memori.

” Sy still igt lg..kecik2 dlu ayah sy pnh crita masa ni ada segelintir rakyat Malaysia yg bantah pembinaan jambatan ni sbb habiskan duit rakyat..membazir sbb feri dah ada.. tak lama lps tu jambatan ni sibuk dgn kenderaan.. x pasti samada yg bantah pembinaan jambatan ni still guna feri ke tak..

” Salam Tun.. Saya slh seorang yg berjalan kaki atas jambatan Pulau Pinang tu..Very proud of it.. Skrg sy dh duk jauh dr Penang.. Rindu rs nk lalu kat jambatan kebanggaan Malaysia..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: astr0awani

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tular Gambar Lama Tun Siti Hasmah Pandu Proton Saga Merah. Warganet Gurau “Wow Slimnya Tun”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*