Sweet Qismina mula buka mulut dakwaan campur urusan Syafie dan Aishah

LAIN yang ingin disampaikan, lain pula yang difahami masyarakat. Itu situasi yang dihadapi pelakon Sweet Qismina apabila titipan ucapan sempena sambutan hari lahir buat pelakon yang kini dilanda kontroversi, Syafie Naswip disalah erti oleh netizen.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 22, menjadi mangsa kecaman apabila kapsyen ucapan dikatakan cuba membela Syafie yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas tunangnya yang juga pelakon Aishah Azman.

“Rasanya ramai yang salah faham dengan cara saya menyampaikan ucapan hari lahir terhadap abang Ayie (Syafie Naswip), netizen cuba kata saya menyebelahi beliau sedangkan secara terang-terangan saya sudah menjelaskan tiada hak untuk bersuara terhadap isu yang timbul antara abang Ayie dan bekas tunangnya.

Ucapan sambutan hari lahir buat Syafie Naswip disalah erti netizen.

“Saya juga ada menegaskan abang Ayie patut menerima hukuman setimpal jika terbukti dia berbuat demikian. Saya sentiasa fikir panjang apa sahaja yang akan diluahkan melalui media sosial, saya seorang wanita dan sudah pasti saya sedaya upaya memahami situasi yang dihadapi Aishah,” kata Sweet kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon drama Adam Chempaka ini menjelaskan keperibadian Syafie yang menyantuni orang di sekilingnya merupakan sebab Syafie mempunyai ramai keluarga angkat.

“Abang Ayie ni sejenis yang sangat menjaga tatasusilanya, dia sangat mudah didekati dan disenangi ramai.

“Jadi tak hairanlah bila dia mempunyai ramai adik angkat dan sebagainya, memang dia anggap semua sebagai ahli keluarganya sendiri,” tambahnya.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Sweet Qismina

1. Nama penuhnya, Farhanna Qismina binti Supandi.

2. Nama komersialnya, Sweet Qismina. Juga dikenali sebagai Sweet dan Sweet Farhana.

3. Lahir pada 24 Oktober 1997 di Muar, Johor.

4. Berusia 22 tahun.

5. Berketinggian 1.55 meter.

6. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

7. Anak kepada pasangan Supandi Mohammad (bapa) dan Misnah Atan (ibu).

8. Berkelulusan Diploma Asas Seni dan kini menuntut dalam bidang Komunikasi Massa di sebuah pusat pengajian swasta.

9. Merupakan pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

10. Mula mendapat perhatian selepas membintangi siri televisyen Hikayat Putera Shazlan, membawa watak sebagai Fasha.

11. Antara drama dibintanginya seperti Elly & Epit, Waktu Rehat, Cinta Hati Abah, Sayang Papa Saya Tak, Misteri Wan Peah, Isteri Untuk Diiktiraf, Cinta Tiada Ganti dan Adam Chempaka.

12. Juga telefilem Qana’ah, Jalan Belakang Rumah, Suatukala, Cucuk Sanggul Seroja, DM Hati Awak, Misi Penculikan Cinta, Wakaf Dosa, Samad Tedung dan banyak lagi.

13. Pembabitannya di pentas teater menerusi pementasan Ali Baba dan 40 Penyamun, Putra, Tun Sambathan, Laila Majnun dan Tun Tan Cheng Lock.

14. Pemegang trofi Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

Fakta Menarik

Kelab peminatnya, Sweetqisminizers menjadi tulang belakang yang menyokong kuat kerjaya seninya.
Kemunculannya dalam video muzik single Hari Ini dendangan Hael Husaini mendapat pehatian, sekaligus ‘trending’ sewaktu pelancaran di laman YouTube.
Kini hangat menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baru, Adam Lee.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

sumber: mstar , https://iluminasi.com

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Sweet Qismina mula buka mulut dakwaan campur urusan Syafie dan Aishah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*