Tidur menjadi satu keperluan buat manusia untuk berehat. Sleepfoundation menyarankan orang dewasa yang berusia 26 tahun hingga 64 tahun untuk tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 9 jam sehari.
Biarpun begitu, ramai juga dalam kalangan kita yang tidak mendapatkan tidur yang cukup kerana tuntutan menjaga anak kecil dan mencari rezeki. Walaubagaimanapun, cukup tidur dapat menjana otak yang cergas dan daya fokus yang tinggi.
Tapi kalau anda jenis yang memang suka mengisi masa dengan tidur mungkin boleh menyertai syarikat di India ini. Syarikat tersebut adalah Wakefit, kini sedang mencari pelatih industri untuk tidur selama 9 jam setiap hari.
Syaratnya adalah mereka mudah untuk mengantuk sebaik sahaja meletakkan kepala. Selain dari itu ada beberapa syarat lain yang tersedia buat peserta program ini.
Menurut syarikat ini, tujuan inisiatif tersebut diadakan adalah untuk memberikan kesedaran tentang kesihatan dan tidur yang berkualiti.
Kalau anda sejenis ‘kuat’ tidur mungkin boleh cuba menyertainya. Dengan tidur sahaja pun terima bayaran, tapi kenalah ikuti syarat-syarat yang syarikat ini sediakan. Nampak macam senang sahaja bukan?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Dibayar RM5,900 Untuk Tidur 9 Jam Sehari Selama 100 hari"