Awal pagi semalam telah berlangsungnya pertandingan akhir Miss Universe 2019 yang berlangsung di Atlanta, Georgia .
Pertandingan Miss Universe 2019 ini merupakan edisi yang ke-68 dan menyaksikan peserta dari 90 negara bertarung bagi merebut gelaran Miss Universe .
Gelaran Miss Unierse edisi kali ini menjadi milik wakil dari Afrika Selatan, Zozibini Tunzi, 26 yang berjaya menewaskan calon favourite dari India, Filipina, Thailand, Puerto Rico, dan Mexico bagi memenangi pertandingan ratu cantik berprestij itu.
Pemenang dan finalis Miss niverse 2019 Foto – Nst
Walaupun wakil Malaysia, shweta Sekhon tidak berjaya melo0skan diri ke pusingan separuh akhir , dia tidak pulang dengan tangan kosong apabila Malaysia diumumkan sebagai pemenang kategori National Costume terbaik. Ini adalah pertama kali buat negara memenangi kategori tersebut.
National costume rekaan pereka tempatan, Carven Ong yang bertemakan ‘A Peranakan Indulgence’ daripada kaum Baba dan Nyonya itu telah berjaya menewaskan 89 national costume milik peserta lain dari seluruh dunia.
National Costume Miss Universe Malaysia 2019 Foto- MUMO Facebook
Di saat pengumuman kemenangan tersebut, terdapat sedikit kesil4pan pabila hosnya, Steve Harvey mengumumkan Filipina sebagai pemenang biarpun kemenangan pada ketika itu berpihak pada Malaysia berikutan kesilapan teknikal. Miss Malaysia memberanikan diri lalu meminta mikrofon dari hos lantas memperbetulkan kesilapan itu dengan mengatakan “It’s not Philiphine , it’s Malaysia!”.
Kemenangan bersifat seketika
Malah pada ketika itu, akaun rasmi Twitter Miss Universe turut menamakan Malaysia sebagai pemenang kategori tersebut.
Posting mengenai kemenangan Malaysia diumumkan di Twitter MUO yang telah dipadam Foto- Murai.my
Sayangnya Malaysia hanya mampu bergembira buat seketika kerana tidak lama kemudian laman rasmi Miss Universe telah mengumumkan Filipina adalah pemenang sebenar bagi kategori kostum kebangsaan terbaik tanpa sebarang penerangan rasmi dari pihak Miss Universe Organization, MUO mengenai kekeliruan yang timbul. Malah, posting asal mengenai kemenangan Malaysia turut dip4dam dari Twitter rasmi MUO bagi mengelakkan kekel1ruan.
.@IAmSteveHarvey had it right: Miss Universe Philippines Gazini Ganados is the winner of the #MissUniverse2019 National Costume competition! Congratulations, Gazini. 🎉 pic.twitter.com/L8DpAyNL9I
— Miss Universe (@MissUniverse) December 9, 2019
Sejurus pengumuman tersebut dibuat, rata-rata netizen telah menyuarakan bant4han mereka mengenai keputusan yang mem4lukan dua negara itu.
Malah tidak kurang juga ada yang meng3c4m tindakan Steve Harvey selaku hos yang membuat kesilapan sama seperti insiden penanugerahan mahkota Miss Universe pada tahun 2015 apabila dia telah ters4lah umum pemenang sebenar pertandingan tersebut sehingga memaksa tiara dimahkotakan semula kepada pemenang sebenar. Lebih malang lagi insiden mem4lukan itu berlaku sewaktu siaran langsung dan ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia.
Pengarah Miss Universe Malaysia Organization, MUMO, Datin Elaine Daly menceritakan mengenai kejadian tersebut melaui satu posting dilaman Instagramnnya. Beliau turut menyuarakan kekes4lan dan rasa tidak puas hatinya terhadap kesil4pan yang dibuat oleh penganjur sehingga tercetusnya kekeliruan dan ins1den mem4lukan tersebut.
Berikut adalah penjelasan daripada Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon mengenai ins1den tersebut melalui satu posting di Instagram miliknya.
Buat masa ini masih tiada kenyataan rasmi dari pihak Miss Universe Malaysia mengenai ins1den tersebut namun apa pun Shweta sudah lakukan yang terbaik dan membuatkan Malaysia berbangga. Terima kasih Shweta! .
Sumber : Cari
Be the first to comment on "“Menang Seketika Sahaja, Sedih!” Bukan Malaysia, Filipina Diumum Pemenang National Costume!"