Dalam kita menghampiri penutup kepada tahun 2019, laman sosial Twitter menerusi Twitter Asia Pacific mended4hkan senarai apa yang menjadi perbualan rakyat di seluruh Malaysia.
Dalam satu kajian data yang dikeluarkan baru-baru ini, laman itu mended4hkan video yang menampilkan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menjadi topik perbualan tertinggi di seluruh Malaysia.
Muat naik oleh seorang pengguna laman itu, @maiadnan, mendapat lebih 91.4 ribu kicauan dan 87.3 ribu tanda suka secara keseluruhan sekali gus menjadikan ia salah satu daripada Asia Pacific’s “Golden Tweets”.
Video yang berdurasi 1 minit 49 saat itu menampilkan pengacara berkenaan membaca sepotong doa yang diamalkan olehnya untuk mengecapi kejayaan di sepanjang kariernya.
“Guys, aku ada tengok dekat twitter ada sorang tu share doa yang neelofa bagi dalam Naura Shares.
“So aku cari video dia. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Boleh start hafal dah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang berpanjangan. Ameen,” tulisnya.
Guys, aku ada tengok dekat twitter ada sorang tu share doa yg neelofa bagi dalam naura shares. So aku cari video dia. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Boleh start hafal dah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang berpanjangan. Ameen. pic.twitter.com/fc46E2Z69n
— MY (@maiadnan) July 20, 2019
Selain Malaysia, negara lain yang turut disenaraikan dalam kajian berkenaan adalah Korea Selatan, Australia, India, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Sumber: Agensi/Gempak
Be the first to comment on "Video Neelofa Baca Doa Antara Tweet Popular 2019!"