KUALA LUMPUR: Biarpun sedang hamil empat bulan, pelakon Ardell Aryana, tidak mahu terlalu memanjakan diri, sebaliknya bersedia menggalas cabaran menyertai misi kemanusiaan ke Syria.
Ardell yang terlebih dahulu bercuti di Istanbul, Turki sebelum menyertai m1si itu berkata, dia bersama suaminya, Nadzmi Adhwa akan berada di sana selama 20 hari di bawah Yayasan Tabung Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM), bermula 8 Januari ini.
“Ia bukan m1si kemanusiaan pertama saya sertai kerana sebelum ini pernah ke Palu, Indonesia membantu m4ngsa gemp4 bumi di sana.
“Cuma, saya tidak terlalu menggembar-gemburkan perkara itu kerana bimbang dikatakan menunjuk-nunjuk. Tidak hanya di luar, saya juga aktif turun padang menyertai misi amal di dalam negara,” katanya.
Pelakon filem Dorm Melati dan XX Ray 3 itu berkata, menyertai misi kemanusiaan membuka matanya terhadap realiti kehidupan, sekali gus menyedarkan dirinya, setiap manusia tidak terlepas daripada diuji.
“Saya pernah bert4rung melawan s4kit selama dua tahun. Ketika itu, saya mula sedar, menangis dan meratap hanya membuat saya menjadi semakin lemah serta tidak berdaya.
“Jadi, saya bangkit melawan perasaan itu dengan menyertai misi kemanusiaan di Palu. Di sana, saya seronok dapat membantu mereka yang memerlukan, malah bebanan mengangkat kampit beras tidak terasa kerana saya terlalu teruja.
“Saya ajar diri supaya tidak terus dihanyutkan kesed1han. Pengalaman itu menjadikan saya lebih positif dan tidak mudah berputus asa ketika menempuh ujian,” katanya.
Ardell berkata, pengalaman di sana juga menyedarkan dirinya dugaan yang dilaluinya itu terlalu kecil, berbanding keduk4an dan kesengs4raan insan lain.
“Apalah sangat ujian yang saya lalui, sedangkan di luar sana, ada yang saban hari terpaksa bert4rung nyawa meneruskan hidup. Itu yang membuatkan saya menjadi lebih kuat dan berani menempuh dugaan hidup,” katanya.
Be the first to comment on "Hamil tak halang Ardell Aryana sertai m1si kemanusiaan"