Sekitar setahun yang lalu, Rosie Gabrielle seorang wanita dari Kanada, telah mengembara ke Pakistan dengan menaiki motorsikalnya untuk menyelami budaya dan rasa ingin tahu terhadap negara tersebut. Dia telah sampai ke banyak kawasan di negara itu antaranya ialah Lahore, Swat, Multan, Gwadar dan banyak lagi.
Semasa dia mula-mula menjejakkan kaki ke Pakistan, Rosie Gabrielle menyatakan bahawa dia dapat merasakan ketenangan di kawasan ibadah umat Islam di sana.
Ini jawapan Rosie Gabrielle apabila MangoBaaz bertanyakan tentang pengalamannya pertama kali menjejakkan kaki ke Pakistan:
“Ramai yang terkejut apabila melihat saya, dan ada juga yang hanya senyum apabila bertemu dengan saya. Kebanyakan orang Pakistan tampak teruja melihat saya menunggang motorsikal saya. Reaksi yang agak melucukan saya terima adalah daripada kanak-kanak berumur 6 tahun. Kanak-kanak itu bertanyakan pada saya sama ada saya lelaki atau perempuan semasa dia melihat saya menunggang motorsikal saya.”
Selepas setahun menghabiskan masa menjelajah Pakistan, Rosie Gabrielle akhirnya telah dibukakan hatinya dan telah mengambil keputusan untuk menukar agamanya kepada agama Islam.
Katanya, hidupnya sebelum ini penuh dengan jalan yang berl1kv dan sentiasa rasa gel1s4h serta tidak tenteram. Namun selepas dia meluangkan masa di negara Islam dan selepas Tuhan memberikan petunjuk kepadanya untuk ke Pakistan, dia perasan bahawa terdapat ketenangan di hati setiap orang Islam yang dijumpainya. Melihat daripada itu, dia turut mahukan benda yang sama pada dirinya.
Menurutnya, agama yang dianutinya sejak dari lahir itu masih terdapat kekurangan yang sukar untuk dijelaskan. Dakwanya, dia telah pun meninggalkan agamanya itu 4 tahun yang lalu sebelum memulakan perjalannya mencari hidayah yang akhirnya membawanya ke Pakistan dan berjumpa dengan agama Islam.
Rosie menyatakan bahawa, dia tahu agama Islam ini selalu dikr1t1k dunia dan dipandang ser0ng oleh sesetengah pihak. Namun baginya, dia tahu bahawa Islam ini sebenarnya adalah suatu agama yang menerapkan nilai keamanan, kasih dan Tuhan yang satu.
Dia telah pun percaya dengan kalimah Syahadah sebelum dia secara rasminya lagi bergelar seorang Muslim. Cuma mencari masa yang sesuai sahaja untuknya memeluk Islam secara rasmi.
Walaupun terdapat beberapa pengikut di akaun media sosialnya yang tidak senang dengan keputusannya memeluk agama Islam, Rosie mengulas kepada pengikutnya itu dengan cara yang lembut. Ada juga yang curiga dengan keputusannya itu manakala sebahagian besar lagi mengucapkan tahniah dan mendoakannya.
Be the first to comment on "Hidupnya Penuh Berliku, Gadis Kanada Kembara Ke Pakistan Naik Motor Temui Hidayah"