Anak sulung pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Iqbar Hakim Jasman, 21, tampil memberi tegvran terhadap perbuatan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang telah mengguri1s hati ibunya, Rozita Ibrahim.
Kata Iqbar, seharusnya kehebatan Aliff dalam dunia perniagaan sepatutnya digunakan ke jalan yang lebih bermanfaat bukan dipersia-siakan.
“Saya terpanggil untuk buat video ini apabila melihat seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan anaknya. Saya yakin ibu mana pun dia sayang dengan anak, anggaplah itu cuma beri nasihat.
“Jadi saya rasa Bonda Rozita adalah individu yang paling lama dalam dunia kosmetik. Beliau memang idola kepada semua orang.
“Datuk Aliff pun tidak ada kurangnya. Dia seorang anak lelaki yang kuat semangat dan ligat pemikirannya.
“Tapi pendapat saya kehebatan Datuk harus digunakan dengan cara membantu usahawan-usahawan muda, buat seminar ke atau dengan cara profesional yang akan membuat orang lain hormat.
“Bukan dengan cara yang minta untuk dikec4m. Itu bukan tahap Datuk,” katanya menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG).
Dalam pada itu, Iqbar berharap agar selepas ini Aliff tidak lagi mengulangi kontr0versi yang tidak sepatutnya dilakukan.
“Saya harap tegvran bonda itu akan membuatkan Datuk memberi teladan yang baik selepas ini dan mengurangkan kontroversi yang tidak sepatutnya terjadi.
“Kalau saya ada tersalah cakap, maaf dari saya. Assalamualaikum,” katanya lagi.
Terdahulu, Rozita membuat pengakuan terbuka melalui media sosial mengenai kedegilan anaknya untuk berubah.
Aliff terus mencetuskan kontr0versi apabila memuat naik video air mata darah bagi mempromosikan single terbarunya, Coba Bahagia.
Saksikan program yang pernah dijayakan oleh Aliff di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.\\
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral
Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "[VIDEO] “Gur1s Hati Ibu” – Iqbar Anak Pengasas Dnars Kosmetik Bid4s Aliff Syukri"