Pencarum KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan Akaun 2, kadar maksimum RM500 sebulan – PM

KERAJAAN mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 bilion bagi membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat akibat w4bak kor0navirvs (Covid-19).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi kemudahan itu, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak empat peratus yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian,” katanya pada sidang media, Isnin.

Justeru, Muhyiddin menasihati orang ramai supaya menggunakan manfaat yang diberikan itu sebaik mungkin.

“Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. 

“Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” katanya.

KKM diberikan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta. -foto Bernama

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan tiga lagi inisiatif kerajaan yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi bagi membantu rakyat melalui waktu sukar ini.

Antaranya, kerajaan turut bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani Covid-19.

“Peruntukan ini antara lainnya akan digunakan untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan Covid-19.

“Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal, kerajaan telah meluluskan tatacara perolehan secara darurat,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada Kementerian Kesihatan untuk melantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jurur4w4t.

“Ramai jurur4w4t dan kakitangan hospital yang amat keletihan pada masa ini kerana mereka terpaksa bekerja siang dan malam untuk membuat saringan kes Covid-19 dan mer4w4t mereka yang disahkan positif.

“Saya berharap pengambilan kakitangan baharu ini dapat dibuat dengan segera supaya semua hospital di negara kita mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menangani penularan wabak Covid-19,” katanya.

Muhyiddin turut mengumumkan kerajaan bersetuju memberi lanjutkan tempoh bayaran balik pinjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari tiga bulan kepada enam bulan.

“Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini (Isnin) sehingga 30 September 2020 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pencarum KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan Akaun 2, kadar maksimum RM500 sebulan – PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*