Pelawak Achey menyifatkan individu yang bekerja sebagai tukang cuci dan pengutip sampah merupakan antara insan yang cukup hebat ketika ini. Ini kerana, kata Achey, golongan itulah yang sanggup berk0rb4n dengan merisikokan diri mereka kerana sering terded4h dengan segala ancaman peny4kit dalam melakukan tugas-tugas pembersihan.
“Tak tahu bangun pagi tiba-tiba rasa tukang cuci dan pengutip sampah adalah kerja yang sangat hebat ketika ini, aku harap gaji mereka juga untuk ketika ini sehebat tugas mereka.
“Setiap kali kau sentuh pemegang pintu, dia akan lap. Bayangkan di hospital ketika ini, berapa kerap orang pegang pemegang pintu tu? Pengutip sampah lagilah, setiap masa terded4h bakteria jahat,” luahnya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut Achey lagi, dia berharap agar mereka yang sanggup berk0rb4n demi memastikan kita semua hidup dalam persekitaran bersih dan selamat sentiasa dimuliakan.
“Aku dulu nak baiki lori sampah pun bersyarat, ini pulak hari-hari menghadap apa yang kita buang. Kita buang tau..bukan kita beri, Moga kalian terus mulia dengan perjuangan ketika ini. Aku nak kutip sampah kat dapur jap,” tulisnya.
Perkongsian Achey itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan Achey.
“Bile waktu-waktu macam ni, keadaan macam ni, baru kita belajar lebih menghargai seseorang yang kita mungkin tak pedulikan sebelum ini. Sebenarnya, tugas mereka sangat mulia.
“Hero yang tak didendang, orang tak nampak hingga wujudnya COVID-19 di Malaysia, baru kita sedar mereka juga hero kita,” tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumag serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Jangan lupa, saksikan program dan lakonan Achey di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral
Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Cleaners & Pengutip Sampah Adalah Kerja Yang Sangat Hebat Ketika Ini” – Achey"