Namanya semakin meningkat naik selepas watak Minah Selamat dalam drama Kampung People berjaya membuatkan penonton tertawa. Gelagatnya yang bersahaja itu turut terbawa-bawa dalam kehidupan harian Elly Mazlein.
Malah dia juga rajin berkongsikan videonya menerusi platform sosial media yang membuatkan ramai terhibur dengan gelagatnya itu.
Terbaru Elly Mazlein buat hal lagi dengan memaparkan gelagat ‘masuk air’ menerusi laman Instagram miliknya. Video tersebut adalah ringkasan teaser buat channel Youtube miliknya yang bernama ‘Dunia Elly Mazlein’.
Biarpun hanyalah video teaser namun ramai yang terhibur dengan gelagatnya yang boleh tahan ‘gila-gila’ itu. Berikut adalah video yang dikongsikannya baru-baru ini:
Video pendek Elly Mazlein buat hal ini telah meraih lebih 131 ribu tontonan dan lebih 12 ribu likes.
Rata-rata netizen tertawa melihat keletahnya itu dan meninggalkan reaksi mereka tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Aduhh kelakar la kak lina ni..kepala masuk air jee..Laki dia pun layankan jee”
“Dia buat hei lagi minah selamat niii..Tumpo oii”
“Lucu tol ler kak pom pom nih”
Siapa sangka figura bernama Elly Mazlein ini bukan sahaja memiliki bakat nyanyian, lakonan dan pengacaraan, malah turut berbakat menghiburkan orang ramai dengan lawak jenaka bersahaja darinya. Memang terbaiklah Elly Mazlein!
Sekurang-kurangnya ada juga hiburan di kala Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini buat peminat setia selebriti ini.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral
Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press
Sumber: Instagram Elly Mazlein
Be the first to comment on "Elly Mazlein Buat Hal Lagi Bikin Ramai Tak Kering Gusi Dengan Gelagatnya"