Pedas Kecaman Netizen! Positif COVID Puteri Aishah Kena Hentam

Menerusi laman sosial Twitter, Puteri dan seluruh ahli produksi menerima kecaman kerana masih keluar negara apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa yang pertama dilaksanakan pada 18 hingga 31 Mac lalu.

Hasil tinjauan Gempak, rata-rata wargamaya mengecam tindakan pihak produksi yang masih menjalani proses penggambaran dan keluar negara walaupun seluruh dunia sedang dilanda wabak merbahaya.

Namun, tidak kurang juga ramai yang bersimpati dengan Puteri yang disahkan positif walaupun sebelum itu dia dilihat mempromosikan penerbangan Turkish Airlines yang menjalankan proses sanitasi sebelum berlepas.

“Tidak dided4hkan butiran perjalanan pulang. Individu lain + krew terded4h risiko. Scotland kini dari 74 ke 296 kem4tian & 4,229 kes positif. Hello KKM?” tegur seorang wargamaya.

“Seorang lagi seleberiti kena? Shooting 15 Mac? B0doh ke b0doh?” marah seorang wargamaya.

“Tapi kesian juga dia. Pergi Scotland sebab shooting drama. So nak tak nak kena ikut arahan pengarah,” kata seorang wargamaya.

“Hari tu tengok dia promote Turkish Airline dekat IG dia, nak kata Turkish Airline ni jaga kebersihan, buat sanitasi. Tapi benda dah nak kena kat sana kan. Haih,” luah seorang wargamaya.

Terdahulu, pelakon itu menjadi selebriti kedua selepas PU Riz yang disahkan positif COVID-19.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pedas Kecaman Netizen! Positif COVID Puteri Aishah Kena Hentam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*