Bila Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan Perasaanya.. Memang Padu.

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu dan beliau mengisytiharkan PKP akan dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Namun, walaupun arahan itu sudah lama dikeluarkan tapi masih ada lagi segelintir individu yang  mengingkari arahan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan rasa kecewa kerana masih ada aktiviti yang tidak dibenarkan sewaktu PKP ini dilaksanakan. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius soal ini, lapor Sinar.

Selain jumlah kenderaan di jalan raya bertambah ada juga yang pergi berkunjung ke rumah saudara-mara walaupun menjalani tempoh kuarantin di rumah. ‘Spesis yang tak faham bahasa mungkin perlu diberi pengajaran’ ujarnya.

Hal ini dapat dikaitkan dengan kes kem4tian yang ke-64 dimana wanita berumur 58 tahun yang dir4w4t di Hospital Tunku Ja’afar itu didapati telah meneruskan perjalanan ke dua negeri bersama individu lain walaupun arahan PKP telah dilaksanakan.

KKM menggesa dan menasihati orang ramai agar terus patuh dengan arahan PKP yang masih dilaksankan ini.

Setiap individu memainkan peranan yang penting dalam situasi seperti ini bagi membendung masalah wabak Covid-19 yang semakin bertambah di Malaysia.

Rata-rata netizen juga turut kesal dengan tindakan segelintir individu yang bersikap acuh tak acuh dengan arahan PKP yang telah dikeluarkan.

Masih ada yang tak faham lagi arahan PKP ni

Ada lagi spesis yang tak faham bahasa

Takyah lah nak baik sangat menziarah sedara mara tu 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : LM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bila Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan Perasaanya.. Memang Padu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*