Wanita ini sanggup beli balik kereta lelong yg dulu pernah kena tarik dgn JPJ

Setiap  mereka yang sudah berjaya dan melepasi saat-saat sukar, kenangan atau nilai sentimental sudah tentu ada dalam diri mereka. Antranya ialah seperti rumah, jam termasuk juga kereta.

Begitulah yang berlaku kepada gadis ini bila dia dapat membeli kembali kereta yang pernah disita oleh JPJ 

“SAYA tak sangka dapat memiliki semula kereta ini kerana ia berharga bagi saya memandangkan ia pemberian suami,” kata Roslah Budin, 36, yang berjaya membida kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish miliknya sebelum ini.

Roslah berkata, MPV itu disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur ketika sekatan jalan raya pada April 2016.

“Saya dimaklumkan kenderaan itu adalah klon sebelum ia disita. Ketika itu, MPV ini baru saja digunakan dalam tempoh beberapa bulan selepas dihadiahkan suami.

“Suami memaklumkan dia membeli MPV itu pada harga RM15,000 daripada orang lain dan tidak menyedari ia kereta klon,” katanya ketika ditemui pada Majlis Lelongan Awam Kenderaan Sita di JPJ Kuala Lumpur hari ini.

Roslah yang juga suri rumah berkata, dia dimaklumkan abangnya mengenai lelongan kenderaan itu Sabtu lalu sebelum mendaftarkan diri sebagai pembida.

“Saya juga sempat melihat sendiri keadaan kereta itu di pejabat JPJ Kuala Lumpur.

“Walaupun kenderaan itu nampak lusuh sebab lebih tiga tahun diletakkan di sana, namun enjin masih dalam keadaan baik.

“Saya anggap ini rezeki apabila dapat semula kenderaan itu dengan harga RM16,600 kerana ia penting memandangkan ia ada nilai sentimental,” katanya.

Pembida lain, Muhajir Saputra, 33, berkata, dia berjaya membeli tujuh motosikal Honda EX5 berharga RM9,800.

“Saya minat mengumpul Honda EX5, disebabkan itu saya membuat keputusan menyertai lelongan awam ini buat kali pertama memandangkan sebelum ini saya membeli motosikal model itu dalam talian.

“Semua motosikal ini akan diubah suai mengikut standard sebelum dijual pada harga antara RM1,900 hingga lebih RM3,000 mengikut tahun pengeluaran,” katanya yang memiliki bengkel di Keramat diusahakan bersama isteri, Nur Farah Lyana Yusoff, 29.

p/s: Semoga wanita ini lebih menghargai kereta lama beliau yang memnag susah untuk dapat balik 

Sumber: Hmetro Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Wanita ini sanggup beli balik kereta lelong yg dulu pernah kena tarik dgn JPJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*