Selepas Muncul Gambar Lama Ini, Akhirnya Terjawab Kenapa Putera Mahkota Abu Dhabi Hadir Pertabalan Agong

Kehadiran Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, di Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Ditambah pula, sekeping foto Tuanku Al-Sultan Abdullah ketika usia muda bersama Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan dimuat naik di Instagram Malaysia.royalfamily menguatkan lagi hubungan keakraban baginda berdua.

Gambar dipaparkan itu sekitar tahun 1979, memperlihatkan Tuanku bersama Putera Mahkota Abu Dhabi ketika usia muda dengan berpakaian uniform tentera namun lokasinya tidak dinyatakan.

Selain gambar itu, terdapat juga gambar terkini Tuanku ketika Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong bersama Putera Mahkota.

Entri Instagram juga menyatakan keakraban hubungan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan kekal sehingga kini.

Netizen bernama Lonely_hikers, berkata, hubungan persahabatan baginda berdua cukup istimewa dan hanya baginda berdua sahaja memahaminya.

Kata Yangkalsomy, “Best friend Tuanku rupanya… Moga persahabatan kekal sampai ke syurga.”

Rata-rata netizen juga mendoakan hubungan persahabatan mereka kekal hingga ke syurga.

Sementara itu, kenyataan Kementerian Luar melaporkan lawatan itu bersempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain menghadiri istiadat pertabalan, Putera Mahkota itu akan juga mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“ Lawatan khas ini memberi dorongan baharu dan pengukuhan seterusnya hubungan persahabatan yang sedia wujud antara kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.

Kisah Tuanku Al-Sultan Abdullah bersama sahabat lama ketika zaman kanak-kanak sebelum ini mencuri tumpuan warganet.

Sebelum ini sahabat karib Tuanku ketika alam persekolahan iaitu Badaruddin mendedahkan perwatakan merendah diri Al-Sultan Abdullah terserlah sejak di bangku sekolah dan tidak membatasi pergaulannya.

” Selama mengenalinya, Tuanku seorang pendiam tetapi aktif dan lasak. Perwatakannya sama seperti orang kebanyakan, bergaul tanpa rasa janggal dengan rakan sebaya lain.

“ Baginda amat minat bola sepak dan pernah dipilih mewakili sekolah ke peringkat daerah. Saya masih ingat lagi, apabila habis sesi persekolahan Tuanku akan pulang bersantap sebelum ambil saya di rumah di Pekan Lama dan bermain di Istana Mangga Tunggal,” ceritanya.

Al-Sultan Abdullah sangat lasak ketika zaman kanak-kanak turut mengimbau kenangan Badarudin. Beliau pernah melihat Seri Paduka Baginda memanjat pokok rambutan di hadapan istana, terjatuh lalu sikunya terkehel.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: sinarharian

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas Muncul Gambar Lama Ini, Akhirnya Terjawab Kenapa Putera Mahkota Abu Dhabi Hadir Pertabalan Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*