Ini Ucapan romantis Agong zahir penghargaan kepada Permaisuri yang mencuit hati

KUALA LUMPUR: Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mencuit hati jemputan yang hadir pada perasmian ‘Pameran Raja Kita’ apabila bertitah menzahirkan ucapan terima kasih secara peribadi kepada Raja Permaisuri Agong yang bertungkus-lumus menjayakan istiadat pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titah Seri Paduka, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah memberikan tumpuan sepenuhnya dan begitu teliti ketika melaksanakan persiapan bagi memastikan semua berjalan lancar.

“Khasnya, secara peribadi Beta ucapkan terima kasih kepada isteri Beta, isteri yang tersayang kerana banyak memberi tumpuan dan fokus untuk persiapan ini dilaksanakan dengan penuh ‘perfection’, begitu teliti dan begitu halusi.

“Beta percaya banyaklah kita peroleh daripada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri,” titah Sultan Abdullah sebelum menyempurnakan Pameran Raja Kita, di Muzium Diraja, di sini.

Lebih manis, apabila Seri Paduka turut bertitah memaklumkan hari yang bertuah ini merupakan hari ulang tahun Tunku Azizah diputerikan.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah berkenan melawat Pameran Raja Kita sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Muzium Diraja pada Isnin. – Gambar BERNAMA

“Beta juga ingin maklumkan di sini, 5 Ogos adalah hari lahir Raja Permaisuri. Sama-samalah kita berdoa supaya isteri Beta ini dipanjangkan umur, pandai memasak, banyak lagi kita boleh belajar daripadanya, berada dalam keadaan sihat walafiat dan mudah-mudahan diberkati Allah SWT,” titah Seri Paduka.

Pada kesempatan itu, Sultan Abdullah turut bertitah menzahirkan penghargaan kepada barisan menteri Kabinet, warga Istana Negara serta semua pihak yang terlibat sepanjang tempoh istiadat pertabalan itu.

“Kesempatan ini, untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), seterusnya barisan kabinet, khasnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang bertanggungjawab mengurus segala persiapan, pejabat Perdana Menteri, pejabat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan juga Istana Negara,” titah Sultan Abdullah.

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara, disempurnakan pada Selasa lepas di Istana Negara secara gilang-gemilang dan penuh adat Kesultanan Melayu.

Sultan Abdullah kemudian menyempurnakan pameran itu, disusuli dengan pukulan gong sebanyak tiga kali oleh Tunku Azizah.

Sebanyak 198 koleksi peribadi Seri Paduka berdua termasuk barang hantaran dan dokumen pernikahan Seri Paduka Baginda berdua serta alat kebesaran diraja yang dipinjam dari Istana Negara, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Muzium Sultan Abu Bakar, Istana Abdula

https://www.facebook.com/269352170190808/posts/754226931703327/

SEBELUM INI AGONG SEKALI LAGI MENCEMAR DULI KELUAR DARI KERETA, SAMBIL MENGEGAM TASBIH 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemal4ngan yang berlaku di jalan susur pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim di sini sebentar tadi.

Baginda pada waktu itu sedang dalam perjalanan untuk merasmikan Pameran Raja Kita yang berlangsung di Muzium Negara.

Menerusi video itu, baginda sempat bertanya khabar dan berborak dengan pemandu kereta yang terbabit dalam kemalan4gan berkenaan.

Ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya. Pada Jun lalu, baginda sempat turun dari kenderaan rasminya untuk memberi bantuan kepada ma4ngsa kem4alangan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa, di Putrajaya.

Malah, kisah baginda yang beratur untuk membeli hidangan di restoran makanan segera KFC baru-baru ini turut menjadi bualan ramai.

Menerusi satu video yang dimuat naik melalui Instagram Istana Negara, kelihatan Al-Sultan Abdullah dan anakanda banginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Menerusi komen netizen, rata-rata memuji tindakan baginda itu yang disifatkan seorang sultan berjiwa rakyat.

“Tangan Tuanku memegang biji tasbih. Allahuakbar,” tulis afiqzambri pula.

“Allahuakbar… alhamdulillah kita dikurniakan Agong yang berjiwa rakyat. Dunia dicari akhirat tetap dikejari,” komenazimah2409 pula.

“Alhamdulilah Malaysia dihadiahkan dengan seorang Agong yang suka dekatkan diri bersama rakyat…,” tulis ymkingsayuti.

https://www.facebook.com/bujanglapok2.6b/videos/2135008130128326/

Semoga Tuanku Agong dan Permiasuri Agong berada dalam rahmat Allah

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

sumber: astroawani, mstar 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ini Ucapan romantis Agong zahir penghargaan kepada Permaisuri yang mencuit hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*