“Xseeksi La…”- Peha ‘Kurus’ Datin Eina Dipuji, Tapi Komen Amyra Rosli Pula Jadi Perhatian

Penampilan Datin Eina Azman bersama suaminya sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila pasangan sama cantik, sama padan ini mengenakan pakaian berwarna hitam.

Namun, tentu saja ramai memuji kecantikan selebriti Eina yang sering tampil cantik. Umum, ramai yang semakin mengikuti laman Instagram Eina yang suka berkongsikan video masakannya.

Menerusi foto terbaru itu juga komen mengenai peha Eina yang kelihatan kurus turut menerima pujian netizen.

Malah, perkara itu juga menarik perhatian pelakon cantik, Amyra Rosli yang mana dia telah meninggalkan komen di foto Eina.

Kurus sgt peha!!! Bestnya

Bagaimanapun, komen Amyra menarik perhatian ramai sehingga dia juga dipuji netizen kerana memiliki peha kurus seperti Eina namun dia juga menerima komen pandangan peminat mengenai hal itu.

Lady boss pun kurus.. lawa sgt

X seksi la…

Ada pula yang meninggalkan pandangan bahawa berisi kelihatan seksi membuatkan peminatnya pula membalas antara sebab untuk memiliki peha yang kurus yang mana akan lebih memudahkan untuk membawa diri dan bukannya hanya ingin kelihatan seksi.

Haha… Explain siap2

Dalam pada itu, melihat saja foto Eina yang akan dikatakan seperti melihat ada baby bump itu juga menyebabkan selebriti ini sudah siap-siap meletakkan tanda hashtag ‘bukan baby bump’, ‘baju besar’ pada posting itu membuatkan peminat terhibur dengannya.

Biodata Amyra Rosli

Nama penuh: Nur Amira Izzati binti Rosli

Nama popular: Amyra Rosli

Tarikh lahir: 24 Ogos 1991

Umur: 27 tahun

Kelahiran: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, duta, model, pengacara dan penyanyi

Media sosial: Instagram @aamyrarosli

Fakta Menarik
1. Dikatakan mempunyai iras wajah aktres Indonesia, Nia Ramadhani.

2. Berketinggian 1.6 meter.

3. Anak sulung daripada empat adik-beradik.

4. Anak kepada pasangan Noor Zaridah Ahmad dan Rosli Ahmad. Ibunya pernah berkhidmat sebagai Pengurus A&R di syarikat rakaman Warner Music Malaysia. Manakala bapanya pula pemuzik dan penggubah lagu.

5. Pernah menetap di London bersama keluarga.

6. Mendapat pendidikan di The Camden School of Girl di London selama 6 tahun sebelum pulang ke tanah air apabila urusan kerja bapanya selesai.

7. Berkelulusan Diploma Teater daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

8. Pada tahun 2009, karier seninya bermula menerusi rancangan TV Pendidikan (yang sudah tidak lagi beroperasi) milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

9. Drama lakonan pertamanya ialah Supermak, gandingan bersama pelakon-pelakon handalan seperti Nasha Aziz, Azhan Rani dan Zul Yahya, bersiaran di saluran TV3 pada tahun 2011.

10. Diikuti beberapa drama popular lain, antaranya Jodoh, Oh My English! Musim 3, Suamiku Encik Sotong, Cik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Isteri Tuan Ihsan, Cinta Di Langit Cardiff, Nur dan Kan Ku Kejar Cinta Kamu.

11. Pernah bergelar tunangan kepada pelakon Dazrin Kamarudin sebelum ikatan itu terputus.

12. Akhirnya mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi.

https://www.facebook.com/269352170190808/posts/753928128399874/

Pandai Amar berlakon jadi driver grab food..sampai Amyra terkena!

sumber: mstar , https://iluminasi.com

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Xseeksi La…”- Peha ‘Kurus’ Datin Eina Dipuji, Tapi Komen Amyra Rosli Pula Jadi Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*