Lihat Wajah Terkini Munni Dalam Filem Bajrangi Bhaijaan, Sudah Dewasa, Makin Ayu

Filem “Bajrangi Bhaijaan” menjadi salah satu filem Bollywood yang paling bersinar pada tahun 2015. Filem garapan sutradara Kabir Khan itu pun berjaya menaikkan nama salah satu aktres cilik. Siapa?

Harshali Malhotra mulai dikenal sejak membintangi filem “Bajrangi Bhaijaan”. Dalam filem yang juga dibintangi oleh Salman Khan dan Kareena Kapoor itu, artis cilik berusia itu memegang watak sebagai Munni.

Ternyata gambar terbaru Harshali terlihat lebih dewasa tak seperti penampilannya dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Jom lihat gambar terbaru Harshali yang diambil dari Instagramnya, @harshaalimalhotra_03

Wawancara

Bagaimana perasaanmu saat bertemu Salman Khan?
Saya sangat senang bertemu dengan Salman Khan, saya melompat-lompat sebelum bertemu dengannya. Saya sangat senang dan begitu saya bertemu dengannya, saya tersenyum dan sangat senang bertemu dengannya.

Aktor mana yang kamu cintai di Bollywood?
Saya cinta Salman Khan, Kareena Kapoor, Katrina Kaif, Nawazuddin Siddiqui dan Sonakshi Sinha.

Saya kira Anda menyukai coklat, bukankah begitu?
Ya saya suka coklat, terutama Susu Susu Susu. Salman Khan dan Paman Kabir juga biasa memberi saya cokelat.

Apakah Anda ingin bekerja dengan aktor lain?
Saya ingin bekerja dengan Katrina Kaif.

Jadi, apa yang diinginkan Harshaali Malhotra saat besar?
Saya ingin menjadi seorang SUPERSTAR.

Pelakon cilik, Harshaali Malhotra mula dikenali dalam bidang lakonan apabila terpilih untuk membawa watak seorang kanak-kanak perempuan yang tidak pandai bercakap iaitu Shahida atau Munni di dalam filem Bollywood, Bajrangi Bhaijaan.

Lakonannya yang bersahaja disamping bintang hebat Bollywood Salman Khan dan Kareena Kapoor memberi kesan yang sangat mendalam sehingga mampu membuat penonton berasa sedih dan juga tersenyum.

Harshaali dilahirkan pada 3 Jun 2008 di Mumbai, India dan selain menjadi pelakon, dia juga merupakan model kanak-kanak. Antara drama lakonannya ada Qubool Hai dan Laut Aao Trisha.

Berikut merupakan fakta menarik mengenai si cantik ini:

1.Merupakan seorang yang pintar.

2.Terpilih antara 5000 peserta ujibakat untuk filem Bajrangi Bhaijaan.

3.Gemar bermain dengan anak patung.

4.Sangat manja dengan Kareena Kapoor.

5.Bercita-cita menjadi seorang ‘superstar’.

Kini Harshali berusia 10 tahun. Difahamkan saat ini Harshali sedang mendapat pendidikan di Seven Square Academy yang terletak di Mumbai. Salman dikatakan memberi dana pendidikan hingga Rs 1,5 crore untuk seluruh keperluan sekolah Harshali.

Sumber : SoyaLemon

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lihat Wajah Terkini Munni Dalam Filem Bajrangi Bhaijaan, Sudah Dewasa, Makin Ayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*