Anak Pitt Hanif Naik Pentas Buat Rakan Artis Sebak

Majlis gilang-gemilang buat penggiat seni tanah air, Anugerah Skrin 2019 telah pun berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Mnerusi filem ‘One Two Jaga’, empat anugerah telah berjaya dibawa pulang termasuklah bagi kategori Lakon Layar Terbaik yang dimenangi oleh Pitt Haniff, Namron serta Mohd Syafiq.

Bagaimanapun, Suasana majlis berprestij mula bertukar sebak apabila melihat dua anak gadis pengarah itu naik ke pentas untuk mengambil trofi bagi pihak Allahyarha4m.

“Halalkan makan, minum serta perbuatan ayah”

Walaupun sudah keh1ilangan ayah tercinta, namun keduanya kelihatan sangat tabah serta masih mampu tersenyum bangga melihat kejayaannya.

Anak sulung Allahya4rham juga sempat meminta semua menghalalkan makan minum dan perbuatan ayahnya.

Dia turut tinggalkan pesanan daripada pengarah itu , “ayah pesan, selalu jalan dengan tegak”. Rakan-rakan artis dilihat mengalirkan air mata saat kedua-dua mereka turun dari pentas. 

Doa kami adalah sebenar-benar anugerah buatmu

Menjengah ke laman Twitter Azhan Rani yang juga rakan baik kepada Allahyarham, dia sempat memuji kedua-dua anak gadis itu yang kelihatan sangat tabah dan kuat. Pelakon hebat tersebut turut mengucapkan tahniah kepada sahabatnya itu dan mendoakan yang terbaik.

Doa Mufti Wilayah Persekutuan buat Pitt Hanif

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap dan mendoakan semoga kem4tian pengarah filem yang juga anak lelaki artis veteran, Fauziah Nawi, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif termasuk dalam ketentuan syahid akh1irat.

“Ini sebagaimana hadis diriwayatkan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Orang m4ti syahid lima golongan iaitu orang m4ti kerana taun, m4ti kerana pnyakit perut, m4ti Iemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah. 

“ Buat Hajah Fauziah Nawi (ibu Allahyarham) dan keluarga, kesabaran dan ketabahan anda semua adalah contoh buat kami.

“ Kami juga mendoakan anda sekeluarga supaya terus kuat menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang. Kita yakin, banyak hikmahNya atas setiap musibah diberikan olehNya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan di akaun Instagram miliknya hari ini selepas mengikuti laporan media mengenai pemergian Pitt Haniff. “ Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya.

Semoga r0hnya dicucuri rahmat, mendapat syahid akhirat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” kata Dr Zulkifli. ⁣

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Anak Pitt Hanif Naik Pentas Buat Rakan Artis Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*