Netizen Gelak Sakan Lihat Telatah Gadis Ini MeIatah Sewaktu Live Rancangan TV

“Opocot mak kau terlondeh!”

Amboi, bila dengar orang melatah, mesti ramai yang tersenyum dan ketawa. Lucu betul rasanya. Namun, sedarkah anda bahawa melatah ini merupakan ‘penyakit’ yang tak sepatutnya kita ‘bahan’kan?

Bukan orang tua saja yang melatah, orang muda pun dah ramai yang melatah. Ramai di kalangan kita yang menganggap bahawa melatah adalah tabiat yang biasa dan akibatnya ia selalu diremehkan, bahkan dijadikan bahan lawak.

Sebenarnya, melatah boleh membawa kesan tertentu kepada si pelatah mahupun orang sekelilingnya.

MeIatah adalah reaksi spontan yang unik dan boleh dikatakan hanya berlaku di Kepulauan Melayu. MeIatah ni memang tak boleh kawal untuk orang yang mengalaminya. Sebab tu kadang-kadang meIatah ni boleh menghiburkan kita.

Okey, kali ni admin nak share pasal satu video meIatah ni. MeIatah yang kali ni special sikit sebab berlaku waktu tengah live. Iye betul, waktu tengah live. Kalau korang tak percaya, cuba korang tengok video oleh @HilmanRazak99 kat bawah ni.

Keras perut gelak

Kelakar habis weh dia tu meIatah. Admin perasan tangan Ally Iskandar yang secara spontan tertepuk sofa tu. Dah kena pulak dengan orang yang jenis meIatah, benda macam tu memang boleh trigger reaction dia.

Ini betul, admin pun tergelak sebab tengok yang lain tengah tahan gelak. Kalau dengan member-member, mau gamat bilik tu dengar orang gelak. Ni sebab live punya pasal, masing-masing control lah.

Admin pun rasa dia mesti malu. Tapi nak buat macam mana, dah itu memang reaksi orang yang meIatah kan? Eh kira elok lah tu dia tak mencarut ke apa. Kalau mencarut dekat live tv, silap-silap boleh kena banned. 

Betul weh, maintain je muka dia. Takde pulak terbuat muka pelik-pelik time meIatah. Tapi admin pun fikir gak, macam mana nak jadi doktor, kalau tiba-tiba tengah rawat orang pastu terlatah… uish bahaya tu.

BAGAIMANA MELATAH BOLEH  BERLAKU

Apabila disergah, sistem saraf pusat, iaitu bahagian tengah otak boleh terganggu lalu menyebabkan mereka terkejut sehingga melatah. Sedikit konflik emosi dan memori turut berlaku dalam tempoh melatah tersebut, seperti yang dijelaskan oleh Prof. Dr. Azhar Zain.

Sebab itulah, individu yang melatah bukan sahaja melakukan aksi di luar kawalan, malah mereka tidak akan mengingati apa yang berlaku sepanjang insiden tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: LobakMerah

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Netizen Gelak Sakan Lihat Telatah Gadis Ini MeIatah Sewaktu Live Rancangan TV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*