“Jangan Pernah Menyesal Kehidupan Lepas..” – Farah Lee Dipuji Masih Mesra Dengan Keluarga Bekas Suami

Seperti sedia maklum, personaliti TV iaitu Ally Iskandar dan bekas isteri, Farah Lee telah lama berpis4h sejak 17 Ogos 2016 lagi. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Maream Esabel.

Namun, perpis4han itu bukan menjadi penghalang untuk mereka tidak berbaik semula. Foto mesra keluarga besar Ally Iskandar dengan Farah Lee ini dapat perhatian netizen. Farah juga telahpun menganggap bekas suami seperti abangnya sendiri.

Farah Lee memuatnaik foto bersama keluarga besar bekas suaminya, Ally Iskandar di media sosial dan kemesraan dalam foto ini mendapat perhatian netizen yang turut memuji mereka.

“Bagusnya Farah masih baik dengan keluarga bekas suami” Tak. Bukan Farah yang baik tapi mereka yang baik sebab masih sudi terima Farah as a part of their family. Sayang semua banyak sangat. Daddy Maream Farah dah anggap macam abang sendiri (abang yang ann0ying), Ibu Maream Farah anggap macam adik, baik sangat selalu keep up dengan khabar kita orang berdua kat sini.

Farah Lee turut menasihati netizen yang pernah melalui situasi seperti dirinya untuk tidak menyesali dengan kehidupan lalu terutamanya gag4l dalam perkahwinan. Malah, setiap apa berlaku pasti ada hikmahnya yang lebih baik tanpa kita duga.

Korang, jangan pernah menyes4l dengan kehidupan yang lepas. Siapa kita jumpa, tanah mana kita pijak, lorong mana kita lalu, semua ada hikmahnya dan itulah yang membentuk kita hari ini.

Mungkin kita berkawan dengan seseorang dan hubungan tu endingnya tak seperti yang kita ingin. Tapi, nikmat lain yang Allah iring bersama-sama dengan perjalanan tu jangan pula kita butakan. Farah, Allah gantikan dengan kasih sayang sekeliling yang Farah sendiri tak pernah sangka banyaknya. Allah maha Adil. Dia tak pernah z4lim. Terpulang pada kita nak fokus kat mana.

Farah Lee turut menjawab soalan netizen apabila dia ditujukan soalan berkenaan menganggap bekas suami sebagai abang sendiri. Dia turut menjawab soalan itu dengan tenang dan mempercayai akan takdir ketentuan Tuhan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Farah Lee via OHBulan

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Jangan Pernah Menyesal Kehidupan Lepas..” – Farah Lee Dipuji Masih Mesra Dengan Keluarga Bekas Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*