“Bakal Berkahwin Bulan Depan, Tajaan RM2 Juta…” – Ini Resp0n Eizlan Yusof Yang Tak Disangka

PELAKON dan ahli perniagaan, Datuk Seri Eizlan Yusof enggan berkongsi lanjut mengenai g0sip mengatakan dia bakal berkahwin bulan depan. Eizlan, 48, yang juga dud4 anak tiga itu sebaliknya meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang sp3kulasi.

“Insya-Allah segala persoalan akan terjawab pada sidang media yang akan dibuat pada 2 Disember ini. Sama ada apa yang diperkatakan selama ini betul atau tidak, sama-sama kita tunggu nanti. Harap semua sabar.

“Saya tahu dari awal perkara ini dihebohkan terlalu banyak spekvlasi timbul. Sedangkan tidak ada sebarang pengesahan daripada saya,” katanya.

Eizlan berkata, buat masa sekarang dia masih sibuk dengan perniagaan dan beberapa projek drama. Mengulas mengenai g0sip kononnya majlis perkahwinan yang bakal berlangsung mendapat tajaan RM2 juta, Eizlan sekali lagi mengunci mulut.

“Kalau tarikh kahwin pun orang boleh berteka-teki, inikan pula mengenai penajaan. Tak apa, biarlah sidang media nanti menjawab segala persoalan. Saya anggap apa saja yang diberitakan sebelum ini sebagai satu doa,” katanya.

Terdahulu, Eizlan yang berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 sah bercer4i tal4k satu pada Februari 2015 lalu. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Facebook

Sumber : Metro via Metro Kini

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Bakal Berkahwin Bulan Depan, Tajaan RM2 Juta…” – Ini Resp0n Eizlan Yusof Yang Tak Disangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*