Jorge Lorenzo Kongsi Gambar Bersama Dayana Roza Di Bali

Legenda MotoGP, Jorge Lorenzo pertengahan November lalu telah mengumumkan persaraan beliau daripada pentas MotoGP dan mahu berehat terlebih dahulu sebelum menceburi bidang baharu di masa akan datang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Disebabkan #rossimalaysia duduk blakang, terus takde idea nak letak caption apa. Tiberrrr 🤣 #motogp #hjchelmets #salmansuku

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza) on

Menerusi perkongsian Instagram beliau, Lorenzo kini sedang bercuti di Bali dan menariknya, gambar beliau sedang bercuti di Bali turut ditemani pelakon dari Malaysia, Dayana Roza.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Was nice to see you here in Bali @dayanaroza!! 🤙

A post shared by Jorge Lorenzo (@jorgelorenzo99) on

Namun ini bukanlah pertemuan pertama antara Lorenzo dan Dayana. Mereka nampaknya sudah lama mengenali antara satu sama yang lain. Sebelum ini, ketika Lorenzo mengumumkan persaraan daripada kejohanan MotoGP, Dayana turut memuat naik ucapan maju jaya buat Lorenzo.

Tiada siapa menyangka Lorenzo mempunyai hubungan ‘rapat’ dengan artis dari Malaysia. Dayana satu ketika dahulu pernah muncul dalam filem Minah Moto dan Mat Moto Otai arahan pengarah tersohor Ahmad Idham.

Andai kata Ahmad Idham menghasilkan sebuah filem permotoran baharu, Dayana dapat tarik Jorge Lorenzo untuk buat kemunculan khas? Segalanya mungkin.

 

 Sumber : .thevocket

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Jorge Lorenzo Kongsi Gambar Bersama Dayana Roza Di Bali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*