“Dia Nyanyi Masa Saya Masak’.” Dulu Ketua Fans Club Kini Pasangan Hidup, Isteri Akui Zamani R0mantik Selepas Nlkah. Sweet Keluarga

Bagi peminat kepada penyanyi popular Zamani, bekas vokalis Kumpulan Slam pasti gembira apabila melihat penyanyi pujaan mereka kini sedang di ambang bahagia.

zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 48, menamatkan zaman bujangnya apabila selamat bergelar suami kepada Juliana Abdul Rani.

Difahamkan pasangan pengantin baru yang telah mengenali hampir 14 tahun lalu itu juga bakal mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi. Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.

Pasangan ini dijemput dalam satu temubual bagi program Wanita Hari Ini mengenai topik Perkenalan Singkat, Bahagiakah Rumahtangga?

Dalam program tersebut, Zamani berkongsi detik-detik pengenalan awal bersama isterinya yang dikatakan sudah bersahabat lebih 10 tahun.. Turut hadir dalam program tersebut adalahi Dr Tengku Asmadi sebagai perunding motivasi, penyanyi Ainan Tasnem.

Saya dah kenal dia sudah 14 tahun tapi bukanlah bercinta 14 tahun. Awalnya kita sebagai kawan saja. Jadi, dalam tempoh 10 tahun macam tu kita masih berkawan. Bila lepas 10 tahun tu baru saya rasa timbul perasaan tu.

Sementara itu, Juliana turut berkongsi pendapatnya mengenai keperibadian Zamani sebagai seorang penyanyi yang mempunyai ramai peminat.

Saya tengok dia sebagai orang baik. Saya suka keperibadian dia. Macam dia banyak mengajar saya. Bersangka baik.

Buat kepada yang tidak tahu, Juliana dahulunya merupakan ketua fans club Zamani. Boleh dikatakan Juliana mengenali Zamani bermula sebagai peminat. Tuntutan kerja dan persediaan diri yang perlu dihadapi Zamani menyebabkan dia mengambil masa untuk buat keputusan berkahwin.

“Saya masak dia nyanyi”

Juliana turut mengakui yang suaminya itu semakin ceria dan romantik selepas mendirikan rumah tangga. Malah, Zamani turut mengakui dia gemar mendendangkan lagu dari penyanyi lagu termasuk Hafiz kepada isterinya ketika di rumah.

Saya tengah masak pun dia nyanyi. Dia selalu practice kat rumah kalau ada show. Dia takkan nyanyi lagu Slam kat rumah. Banyak lagu orang lain yang dia nyanyi.

Zamani juga berkata terdapat banyak perkara lagi yang perlu dia dan pasangan belajar dalam saling memahami antara satu sama lain dan menerima baik atau bvruk seseorang pasangan kita itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: video viral via klpress

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Dia Nyanyi Masa Saya Masak’.” Dulu Ketua Fans Club Kini Pasangan Hidup, Isteri Akui Zamani R0mantik Selepas Nlkah. Sweet Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*