“Macam Zombie” – Harith Iskander Cadangkan Supaya..

Pelakon, pengacara dan pelawak Harith Iskander kecewa dengan segelintir masyarakat yang tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab sehingga tercetusnya p4nic buying.

Dalam satu IGTV di Instagram miliknya, Harith menganggap tingkah laku tersebut seolah-olah seperti zombie yang tidak punya perasaan lantas mengaut apa sahaja barang di pasaraya.

“P4nic Buying tidak membantu situasi yang kita lalui sekarang. Ia membuatkannya menjadi lebih t3ruk.

“Berkumpul pada satu tempat membuatkannya lebih t3ruk. Anda membantu penyebaran virus (Covid- 19),” kata Harith dalam Bahasa Inggeris di IGTV miliknya.

Harith kemudiannya menyarankan agar semua memulakan satu gerakan yang dipanggil ‘Panic Supporting’.

“Apa kata kita ‘panik’ untuk membantu antara satu sama lain terutamanya pada mereka yang tidak berkemampuan, yang miskin, yang kais pagi makan pagi, yang begantung kepada pendapatan harian untuk meneruskan kehidupan.

“Seperti makcik yang menjual nasi lemak, dia tidak boleh membuka gerainya buat masa sekarang dan dia tidak ada pendapatan harian,” tambah Harith lagi.

Harith mencadangkan kumpulkan rakan-rakan dan ahli keluarga dan panikkan diri untuk memberikan sumbangan kewangan untuk mereka yang tidak berkemampuan supaya mereka juga mampu membeli barangan di pasaraya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

This is a time to think of others – we are all in this together. So I would like to suggest a new movement #PanicSupporting #DontPanicBuy

A post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander) on

Tambah Harith, inilah masanya untuk memikirkan tentang orang lain kerana semua menghadapi situasi yang sama tetapi tidak semua mempunyai kapasiti yang sama.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Macam Zombie” – Harith Iskander Cadangkan Supaya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*