Tak Boleh Pergi Tuisyen Sebab Kena ‘Berkurung’? PU Azman Nak Ajar Pelajar SPM Secara Live Di Instagram, Percuma!

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman meluahkan hasratnya untuk mengadakan kelas tuisyen live di Instagram secara percuma kepada golongan pelajar. Menurut PU Azman, tuisyen secara online itu akan memberikan fokus kepada subjek berkaitan agama Islam khusus buat mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Cik Man nak buat tuisyen online percuma melalui Instagram Live untuk subjek SPM, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Justeru, katanya, dia meminta jasa baik mana-mana pihak yang boleh memberikan buku teks untuk dijadikan sebagai panduan mengikut silibus pembelajaran.

“Siapa boleh pinjamkan buku teks? Cik Man akan huraikan ikut sukatan SPM dan huraian tambahan.

“Cik Man cuba bantu mana yang boleh. Jangan cadangkan download (muat turun) ya sebab Cik Man nak pegang buku ketika mengajar, lebih selesa,” jelasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cik Man cuba bantu mana yang boleh. Jangan cadangkan download yer. Sebab Cik Man nak pegang buku ketika mengajar. Lebih selesa. . SIAPA DUDUK AREA SHAH ALAM ? . Sapa bagi aku buku add math, aku terajang.

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Hasratnya itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata memuji tindakan PU Azman yang menyediakan peluang tuisyen secara online lebih-lebih lagi apabila kini masing-masing perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk kekal berada di rumah.

“Bagusnya Cik Man. Semoga dimurahkan rezeki dan ganjaran pahala mengajar.

“Automatik dapat A+ lah Pendidikan Islam calon SPM tahun ni
 
“Baguslah Cik Man ni buat tuisyen percuma, saya pun nak jadi pelajar balik,” kata sebahagian pengikutnya.
 
PU Azman yang mempunyai lebih 1.6 juta pengikut di Instagram sering mengadakan sesi soal jawab bersama pengikutnya berkaitan hal agama.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tak Boleh Pergi Tuisyen Sebab Kena ‘Berkurung’? PU Azman Nak Ajar Pelajar SPM Secara Live Di Instagram, Percuma!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*