PT3, SPM, STPM Telah dijadualkan semula

PEPERIKSAAN utama termasuk Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadualkan semula berikutan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya menjadualkan semula peperiksaan di bawah kendalian KPM selepas meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

“PT3 yang dijadualkan bermula pada 28 September hingga 6 Oktober dipinda untuk peperiksaan kertas Bahasa Melayu dan Inggeris pada 28 dan 29 September.

“Bagi ujian bertulis SPM yang dijadualkan bermula 5 Oktober hingga 14 Oktober (Fasa 1) dan 2 November hingga 19 November (Fasa 2) dipinda kepada 16 November hingga 7 Disember.

“STPM Semester 2 yang dijadualkan bermula 6 Mei ini dipinda kepada 18 November hingga 24 November manakala STPM ulangan (25 November hingga 1 Disember) dan STPM ulangan kedua (15 Mac hingga 18 Mac 2021),” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, tarikh peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), SPM ulangan dan STPM Semester 3 dikekalkan.

Sementara itu, ujian bertulis Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) yang dijadualkan hari ini sudah ditunda pada 5 September nanti.

“Bagi Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kolej Matrikulasi Sesi 2019/2020 yang dijadualkan pada 30 Mac ini dipinda kepada 27 April hingga 4 Mei depan.

“Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang dijadualkan 4 April ditunda 27 April hingga 30 April dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ditunda 3 Jun hingga 18 Jun.

“Begitu juga dengan peperiksaan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijadualkan bermula 4 Mei ditunda kepada 3 Jun hingga 12 Jun manakala Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditunda pada 3 Jun hingga 18 Jun,” katanya.

Katanya, tarikh Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) dikekalkan.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "PT3, SPM, STPM Telah dijadualkan semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*