Nenek Che Som harap Malaysia terus aman

“NENEK tak tahu apa yang sedang berlaku. Cuma anak saudara beritahu, tak boleh keluar rumah sebab nanti kena peny4kit.

“Duduk berkurung kat rumah macam ni, teringat zaman komunis dulu,” luah Che Som Che Mat, 92.

Di usia emas ini, Che Som hanya mengharapkan cucunya untuk menerangkan tentang situasi semasa khasnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wartawan Metro Ahad berpeluang bertemu dengan Che Som ketika menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce, menyampaikan sumbangan makanan kepada mereka yang memerlukan sepanjang PKP.

Che Som yang hanya mampu mengensot akibat sakit tua sejak tiga tahun lalu masih semangat menceritakan pengalamannya yang terpaksa berkurung di rumah sepanjang keganasan komunis sekitar 1948 sehingga 1960.

“Sepanjang hidup nenek, selepas zaman jepun dan komunis, baru kali ini merasa suasana aman.

“Memang tak sama apa yang sedang kita hadapi sekarang tapi maksud nenek, daripada segi kena berada di rumah.

“Bila dengar orang cerita tentang wabak peny4kit ini, nenek takut. Nenek turut nasihati semua keluarga supaya patuh perintah kerajaan.

“Apalah sangat setakat perlu duduk rumah berbanding dihantui rasa takut diburu tentera Jepun dan pengganas komunis,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Telaga Mas di sini.

Menurut Che Som, dia merasai zaman keganasan komunis ketika berusia 20-an dan terpaksa melarikan diri ke Thailand kerana sukar untuk mendapatkan makanan selain risaukan keselamatan diri.

“Alhamdulillah, situasi sekarang ini cukup aman dan tenteram.

“Sepatutnya semua kena bersyukur ditambah pula dengan pemimpin yang peka dan cakna tentang rakyat,” katanya.

Menurut Che Som, dia mungkin sudah tua untuk memberi nasihat namun pengalamannya sepanjang dua zaman gelap itu cukup untuk membuatnya sedar betapa pentingnya Malaysia aman dan harmoni.

 

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Nenek Che Som harap Malaysia terus aman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*